Resepi Tart Telur Portugis
Kredit: Ninamirza.com
Kredit: Ninamirza.com
Bahan-bahan:
Puff pastry jenama ‘KAWAN’ secukupnya
2 kuning telur
200 ml whipping cream* @ 250ml susu segar
50 ml air
40 gram gula halus
15 gram cream cheese @ 1/2 keping keju cheesedale
1 sudu teh esen vanilla
1 – 2 titik pewarna kuning
Cara-cara Membuat:
1. Satukan whipping cream, air dan gula, kacau rata dan masak hingga suam.
2. Sementara itu kacau kuning telur hingga rata. Tuang 1/3 bahagian susu suam tadi dan kacau pantas hingga rata. Tuang lagi hingga habis dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan kembali ke dalam periuk, dan masak dengan api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga pekat. Matikan api, masukkan cheese dan esen vanilla, kacau rata hingga sebati dan sejukkan.
4. Puff pastry dicanai sedikit dan alas dalam acuan pilihan anda kemaskan. Tuang bancuhan telur hingga hampir penuh dalam setiap acuan.
5. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 – 30 minit atau hingga permukaan tat telur kental. Sejukkan sebelum keluarkan dari acuan dan boleh hidangkan (*suhu oven adjust ikut tahap kepanasan suhu masing-masing lagi ye)
Tart Telur Portugis |
0 Comments