Aku rasa tahun 2016 ini merupakan tahun yang paling mencabar sepanjang 28 tahun aku hidup di muka bumi ni.
Cabaran pertama bila aku disahkan mengandung buat kaki kedua pada Mei tahun ini. Namun rezeki masih belum berpihak kepada kami suami isteri apabila, aku disahkan mengandung luar rahim dan pada 16 Mei 2016, aku ke emegency sekitar 10 pagi akibat tak tahan dengan sakit di bahagian rahim aku. Pada pukul 1 petang setelah dihantar ke labour ward, baru lah doktor pakar detect melalui scan yang aku dah pendarahan dalaman disebabkan tube fallopio sebelah kanan dah pun pecah. Memang tak ku sangka aku adalah antara wanita yang terpilih untuk dugaan ini. Seriusly memang sakit kandungan luar rahim.
Ketika cuti sakit, aku perasan 2x terdapat lelehan cecair jernih dari puting sebelah kanan. Waktu tu aku tak suspect apa-apa. Semuanya bermula ketika aku main fon, dan tetiba tangan aku berpegang satu ketulan di bahagian bawah sebelah kiri breast kanan. Ya Allah, waktu tu hanya Tuhan sahaja tahu perasaan aku. Sedih, bingung, kecewa, bimbang dan takut, semua ada. Waktu dah kesan ketulan tu, aku taknak pikir dulu since aku masih dalam berpantang.
Sekitar Ogos ketika follow-up di Klinik Pakar gynaekologi barulah aku inform doktor berkenaan ketulan di breast kanan aku. Doktor tersebut periksa breast dan terus refer aku ke klinik surgical, hospital umum sarawak. Sekarang, aku tengah menanti keputusan sampel dari ketulan aku tu. Doakan aku. Permudahkan segalanya ya Allah.
Pada Ogos juga, doktor di klinik gynaekologi telah menakutkan aku. Dia bagitahu, dia nak juga black n white dari pakar jantung samada aku dibenarkan untuk mengandung atau tidak. Kalau pakar jantung kata tidak suit untuk mengandung, makanya aku terpaksa lupakan niat aku nak mengandung dan ada zuriat sendiri. Aku mentally and physically abused betul dengan kata-kata doktor ni. Alhamdulillah, setelah followup dengan pakar jantung di Pusat Jantung Samarahan, doktor dah sahkan aku suit untuk mengandung. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah sebab kai dengar dan perkenankan doa hambaMu ini.
Sekarang aku masih terasa debaran nak tunggu result sampel pada ketulan breast aku pada 12 Oktober ni. Semoga tiada apa-apa yang serius.
Tags:
#My Life
0 Comments