-->

Tips Nak Tahu Tayar Botak ke Belum

Tips Nak Tahu Tayar Botak ke Belum

Rupanya mudah je nak tahu tayar kereta kita tu dah tahap botak ke tidak. Caranya adalah dengan menggunakan duit syiling 20sen lama. Duit syiling ni adalah sebagai indikator di mana dengan meletak duit syiling tersebut di antara celah bunga tayar. Sekiranya perkataan 'SEN' tersebut tidak nampak, itu bermaksud tayar tersebut masih selamat untuk digunakan.

Sementara itu, sekiranya perkataan 'SEN' tersebut nampak sepenuhnya seperti dalam gambar, itu bermaksud tayar tersebut sudah botak dan tidak selamat lagi untuk digunakan.

Risiko tinggi untuk kemalangan di mana cengkaman antara tayar dan jalan sudah kurang. Jadi, cepat-cepat lah tukar tayar kereta sekiranya sudah botak ye. Pastikan perjalanan anda selamat.

Tips nak tahu tayar botak ke tidak

Baca juga:

0 Comments



Emoticon