Powered by Blogger.

Jom Shell Out di Shell Hauz, Metrocity Matang

Jom Shell Out di Shell Hauz, Metrocity Matang

Malam Jumaat minggu lepas 9/12/2016, saya menemani kawan yang teringin nak makan Shell Out. Kalau pasal Shell Out ni memang saya belum pernah try lagi mana-mana tempat Shell Out di Kuching ni.

Saya suggest tempat makan baru Shell Out di Metrocity, Matang iaitu Shell Hauz (Seafood restaurant). Masa operasi Shell Hauz adalah dari pukul 4 petang hingga 11 malam.

Kami sampai di Shell Hauz sekitar pukul 8.30 malam dan waktu tu kebanyakan meja penuh. Nasib kami malam tu terdapat satu meja kosong.

Kami order set kombo untuk 2 pax yang berharga RM69.90. Dalam set kombo yang kami order ada ketam (1 ekor), sotong, udang, brokoli, nasi dan air sirap untuk 2. Yang best nya Shell Out di sini, kita boleh pilihan cara masakan yang berlainan bagi setiap Seafood.

Kami pilih masak cili kering untuk sotong, ketam masak Butter telur masin, dan udang masak s'bang (agak2 macam tu ka ejaan). So far masakan di sini sedap untuk sotong dan ketam , just saya tak berapa suka masakan s'bang tu. Lain tekak, lain penerimaan mungkin.

So far ber Shell Out di Shell Hauz ni memang best, sedap dan suasana pun best. Nak try Shell Out , boleh try di Shell Hauz !! Terbaik. Lagi best kalau set kombo Shell Out ni murah sikit, dapat selalu mai berkunjung ke Shell Hauz..

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
6 Komentar untuk "Jom Shell Out di Shell Hauz, Metrocity Matang"

Mahal tempat tok. X berbaloi pergi, bagus makan di Top Spot jak.

Aok. Agak mahal sebenarnya. Ya kmk mdh mun nya murah kit, mybe akan rami repeat customers.

Untuk 2 orang makan rm69.90 mahal gilak. Lauk sikit juak. First and the last time kmk mkn sia. Rasa ya sedap tapi sik berbaloi rega ya.Bye2 Shell Hauz

mahalnya dua orang makan untuk harga rm69.90...ada shellout murah gk ka kat kuching? harga mampu milik

aok. agak mahal lah rega nya. Mun sekali sekala boleh lah mun teringin.

Boleh cuba yang seafood mengarey di waterfront kuching. Baruk bukak sia. sia rega nya dalam rm 13.90 sepalak.

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top