-->

Resepi Kek Coklat Cheese Sarawak

Resepi Kek Coklat Cheese Sarawak

Hari ini saya berkesempatan untuk membuat Kek Coklat Cheese Sarawak versi bakar pula. Tak dan nak kukus dah selepas lebih 6 jam mengukus kek malam semalam.
Saya ambik masa yang lama juga sebelum decide resepi mana saya nak guna. Akhirnya saya guna resepi untuk bahagian coklat daripada resepi kek coklat cheese lain, dan resepi untuk bahagian cheese daripada resepi yang berlainan.
Di bawah saya sertakan resepi yang saya dah olah.

Resepi Kek Coklat Cheese Sarawak

Acuan : 8.5''x 8.5"
Bahan-bahan:
Adunan Coklat::
450 gram mentega (Golden churn)
400 gram gula halus
5 biji telur
125 gram koko
375 gram tepung gandum/hongkong

Adunan Cheese::
500 gram cream cheese
130 gram gula halus
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
3 sudu makan tepung

Cara-cara:
Adunan Coklat::
1. Mentega dan gula dipukul hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan diikuti dengan koko dan tepung gandum.
3. Bahagi kepada dua bahagian.

Adunan Cheese::
1. Putar cheese dan gula halus hingga sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanila.
Bakar berlapis. Macam saya, saya buat 3 lapis, bawah coklat, tengah cheese dan atas coklat.

Cara membakar::
1. Bakar lapisan coklat pertama terlebih dahulu guna api atas bawah, suhu 160' lebih kurang 20 minit atau hingga masak.

2. Tuang adunan cheese atas lapisan coklat yang telah masak dan Bakar guna api atas sahaja pada suhu 150' selama 15 minit atau hingga masak.

3. Setelah masak tuang pula adunan coklat untuk lapisan terakhir, ratakan dan bakar guna api atas sahaja pada suhu 150' selama 20 minit. Dah selesai masak, sejukkan kek pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti ais untuk rasa yang lebih marvelous.

Kalau korang nak kukus kek coklat cheese ni pun boleh juga, asalkan tahan nak menunggu kek korang masak.  Den tak sanggup dah..hehe.

Btw gambar rupa kejadian dalam kek nanti esok saya update okeyh. 😉

Baca juga:

1 Comments

avatar

fuuhhhh, serious sedap kek coklat cheese Sarawak nie. tapi tu lah, nk try buat, tapi takot tak jadi. kalo teringin terpksa beli je. >_<

Balas delete



Emoticon