Powered by Blogger.

Resepi Telur Hancur Berkuah

Resepi Telur Hancur Berkuah

Resepi telur hancur ni antara resepi masakan telur yang paling saya suka. Lebih-lebih lagi kalau ia air tangan Mak. Memang perghh.

Resepi telur hancur berkuah yang saya sertakan ini adalah untuk hidangan 2-3 orang. Jom terjah resepi telur yang Simple dan Sedap ni.

Resepi Telur Hancur Berkuah
Bahan-bahan:
4 biji telur
2 ulas bawang merah 
4 ulas bawang putih 
3 tangkai cili kering direndam air panas bagi kembang
Sedikit kunyit
Garam secukup rasa
Air putih secukupnya untuk kuah
Sedikit minyak untuk menumis

*Nak lebih umph boleh masukkan daun sup atau daun bawang atau daun kucai.

Cara membuat:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili kering hingga lumat.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi.

3. Setelah wangi bahan ditumis, masukkan air putih dan sedikit kunyit. Kalau nak nampak telur kekuningan nanti boleh tambah lagi kunyit. Biarkan mendidih.

4. Setelah air tumisan mendidih, masukkan kesemua telur dan dibiarkan sebentar. Bila telur dah agak separa masak, kacau sedikit-sedikit telur tersebut. Saya lebih suka kalau telur hancur ni bergumpal besar-besar. Kalau nak bergumpal besar, waktu kacau kena pelan-pelan. Jangan gelojoh naa.

5. Letak garam secukup rasa. Dah agak cukup rasa dan telur dah masak boleh tutup api.

6. Sedia untuk dihidang.
Telur hancur berkuah
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Telur Hancur Berkuah"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top