Powered by Blogger.

Trip Mendaki Gunung Serapi

Trip Mendaki Gunung Serapi

Sempena cuti Krismas, 25/12/2016 yang lepas, aku sefamili buat trip mendaki gunung Serapi. Kiranya last minit punya plan, so semua sibuk cari kasut untuk mendaki gunung.haha.

Macam aku, aku rembat je la mana kasut yang jumpa. Kami start gerak dari rumah dalam pukul 7.30 pagi dan sampai di kaki gununh serapi dalam pukul 8.10 pagi macam tu. Sebelum nak mendaki ofcourse kena bayar dulu. Untuk dewasa caj nya adalah rm10. Warga emas 60 tahun ke atas adalah rm5.00.

Perjalanan mendaki gunung serapi ni korang jangan risau, sebab ada laluan jalan. Kereta pun boleh naik atas ni. Kena kereta berkuasa tinggi la ya. Kalau viva, hmm. Sayang enjin kot.

Untuk orang muda dan memang orang sukan, rasanya pendakian mendaki gunung serapi ni akan ambik masa dalam 1 jam lebih je. Macam adik aku, mereka ambik masa 1 jam 55 minit untuk sampai ke pitpoint terakhir di ketinggian 2600ft.

Pitpoint terakhir sebelum sampai ke
Viewing point

Untuk warga emas macam emak bapak aku, ambik masa dalam 3 jam juga untuk sampai ke atas. Huhu. Berjaya juga mak bapak aku sampai ke atas gunung serapo setelah banyak kali stop di pondok rehat. Tahniah mak ayah.

Untuk korang yang nak daki gunung serapi ni, all the best. Bt the way, time public holiday pun korang still boleh dali gunung ni, sebab kaunter bukak je. ;)
All the best.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Trip Mendaki Gunung Serapi"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top