Powered by Blogger.

Tukar Tayar Vios Bridgestone Potenza

Tukar Tayar Vios Bridgestone Potenza

31/12/2016, hari ini hari terakhir di tahun 2016, suami pergi tukar tayar pada kereta vios. Sebenarnya patut lama dah tukar, tapi disebabkan tiada stok tayar bridgestone potenza, tu yang delay dulu. As solution sementara kami rotate tayar belakang ke depan dulu. Tayar depan yang botak letak belakang. Nasib juga tayar belakang masih tebal lagi bunga dia. Untuk korang yang selalu drive long distance, sangat tidak digalakkan buat macam ni tau, banyak risiko boleh berlaku.

Sebiji tayar jenama bridgestone potenza ni berharga RM230. Kenapa aku kuat juga nak potenza? Tak nak ecopia, sedangkan ecopia latest versi. Ni pun lepas aku google dan baca review orang lain, mereka bagi review ecopia cepat botak. So scary jugak. Nak tak nak aku suh juga laki aku cari potenza. Sebab juga original tayat time beli bridgestone potenza. So confident level di situ lebih sikit. :)

Kami tukar keempat-empat terus tayar, sebab kesemua tayar memang dah tahap wajib ditukar. Bila dah tukar tayar, kedai bagi free alignment tayar. Ok jugak lah, since memang dah rasa lari sikit bila drive kereta. Hope tayar baru beraksi lebih cemerlang dan lebih lama dan lambat botak untuk tahun baru dan tahun-tahun mendatang.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Tukar Tayar Vios Bridgestone Potenza"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top