-->

Pendapatan Harian Tertinggi Bagi Tahun 2016

Pendapatan Harian Tertinggi Bagi Tahun 2016

Alhamdulillah, syukur ke hadratmu Ya Allah atas rezeki hari ini. Sempena hari terakhir di tahun 2016 ni, saya nak share pendapatan harian saya bagi 31/12/2016 yakni hari ini.

Ingatkan bila hari cuti macam ni, pendapatan adsense pun kurang. Tapi saya silap bila check je pendapatan adsense saya, terkejut tengok pendapatan hari ini berjumlah $5.37. Pendapatan tertinggi harian saya sepanjang tahun 2016 ni. Syukur. Harap momentum pendapatan adsense ni makin cantik pada tahun 2017 ni. Insyaallah. Kena usaha lebih gigih lagi lepas ni.

Pendapatan bulanan saya pada bulan ini juga sangat tidak mengecewakan. Dah capai $40+ pun dah kira memuaskan. Kalau sebelum pukul 12tengah malam ni dapat capai $50 memang terbaik. 1 jam je lagi sebelum melangkah ke tahun baru.

Apa yang saya perhatikan, sepanjang bulan Disember ni, post saya yang paling banyak dikunjungi adalah post berkenaan resepi. Yelah, time cuti dan perayaan krismas, ramai di kalangan pelayar adalah kaum wanita dan surirumah yang gigih cari resepi. Harap semua pengunjung berpuas hati dengan resepi yang saya kongsikan di sini. Apa yang kurang saya minta maaf.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon