Powered by Blogger.

NK Grill Kitchen Pilihan Western Food di Kuching

NK Grill Kitchen Pilihan Western Food di Kuching

Ahad lepas saya dan suami telah berkunjung ke NK Grill Kitchen di Matang di mana Restoren NK Grill Kitchen ni merupakan salah satu destinasi makan di Kuching yang menghidangkan menu 'Western Food'.

Yang menariknya di sini ketika ini adalah NK Grill Kitchen tengah buat promosi bagi  menu lunch (5 menu kalau tak silap saya) yang berharga RM10 sahaja beserta dengan air sirap dari pukul 12tengahari hingga 6 petang. Suami saya telah order set menu promosi iaitu set Chicken chop, dan saya pulak order lamb chop yang berharga RM18.

Untuk set Chicken chop memang terbaik dan sangat sedap. Set lamb chop pula, saya tak suka kuah lamb chop tu yang agak manis bagi saya. Saya makan lamb chop tu dengan cicah kat kuah Chicken chop suami. Huhuhu. Saya lagi prefer kalau kuah lamb chop tu sama rasa macam set Chicken chop tu. Sedapppp!!!

Suasana kat restoren di pun sangat selesa dan best untuk lepak bersama famili atau dengan kawan-kawan.

So far itu sahaja lah komen saya tentang makanan di sini. Apa-apa pun all the best dengan NK Grill Kitchen, semoga bisnes makin maju.


NK Grill Kitchen
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "NK Grill Kitchen Pilihan Western Food di Kuching"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top