Powered by Blogger.

Resepi Kek Cheese Oreo Mudah dan Sedap

Resepi Kek Cheese Oreo Mudah dan Sedap

Uishhh. Resepi ni, dahlah mudah nak dibuat, sedap pulak tu. Resepi ni saya menggunakan asas sukatan bahan daripada resepi Kek Icecream Cream O Chocolate. Yang membezakan kek ni adalah Kek Cheese Oreo tidak menggunakan Coklat masakan. Saya dah olah sedikit resepi ni dan saiznya juga agak besar dan tinggi.

Resepi Kek Cheese Oreo Mudah dan Sedap

Bahan untuk Base kek:
40 keping biskut Oreo (dikisar halus bersama inti tengah)
180gram Butter (buttercup)


Bahan-bahan untuk adunan cheese:
750gram cream cheese (Tartura)
30 gram gula halus
1/2 cup susu segar
2 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh serbuk gelatin (dilarut dalam 1/4 cup air panas)
450 gram whipping cream (value pride)
20 keping biskut Oreo dipatah 4

Cara-cara:

1. Cairkan Butter dan digaul ke dalam serbuk Oreo yang telah dikisar halus. Gaul rata sehingga sebati dan terus dipadat ke dalam loyang (spring foam). Masukkan loyang ke dalam freezer selama 1-2 jam bagi keras.

2. Putar whipping cream sehingga kental dan letak ketepikan dahulu.

3. Putar cream cheese bersama gula halus dan susu segar hingga sebati.

4. Masukkan esen vanilla dan larutan gelatin dan putar lagi hingga sebati.

5. Masukkan adunan whipping cream ke dalam adunan cheese dan kaup rata dengan spatula/sudu besar.

6. Masukkan pula biskut Oreo yang telah dipatah 4 ke dalam adunan dan seterusnya masukkan adunan ke dalam loyang berisi base Oreo tadi. Kemaskan adunan dan masukkan semula ke dalam freezer. Biarkan semalaman dan hidang ketika sejuk. Perghhhh.

Fungsi gelatin adalah untuk bagi kental kek cheese Oreo ni agar tak mudah cair. Senang sikit kalau nak bawak time Travel. Ye dok.

All the best guys. Mudah sangat ni. Dah buat ni, mesti terus rasa diri ni Chef di secret recipe. Haha.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Kek Cheese Oreo Mudah dan Sedap"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top