-->

Nasi Ayam Thai/Percik di Desa Ilmu Samarahan


Gerai Nasi Ayam Thai Percik ni adalah salah satu gerai favourite kami suami isteri. Disebabkan lokasinya yang agak jauh dari kediaman kami, agak jarang kami dapat nak menikmati Nasi Ayam Thai ni. Lokasi gerai ini adalah bertentangan dengan Kedai Roti Taka, Desa Ilmu. Gerai Nasi Ayam Thai ni terletak sederet dengan Nasi Kukus Wak Saba dan juga Nasi Abe.

Harga sebungkus Nasi Ayam Thai ini juga amat murah dan berbaloi iaitu RM4 sebungkus. Kuantitinya yang banyak da' size ayam goreng yang bersih. So far, bagi tekak kami suami isteri, Nadi Goreng Thai ni sangat sedap dengan sambal thai dan perciknya yang sungguh sedap. Jadi tak rugi kalau anda yang berada di Kuching untuk pergi ke Desa Ilmu untuk mendapatkan juadah ini.

Satu je tang tak best dengan gerai ni adalah, kita hanya dapat take away atau bungkus je tau. Takda service untuk kita duduk makan kat situ even duduk bersila.. haha. So, tapaw je la ye. Masa operasi gerai ni pulak, yang saya pasti Isnin -Sabtu dan start berjual pada sebelah petang. Jadi, apa tunggu lagi, gi la try test. :-)


Baca juga:

1 Comments

avatar

Hi boleh ke bagi contact number org yg jual nasi ayam thai ni

Balas delete



Emoticon