Powered by Blogger.

Resepi Mudah dan Sedap Keria Gula Apong

Keria Gula Apong merupakan salah satu makanan favourite saya. Kueh ni bulan puasa ja senang nak jumpa orang jual. Kalau bulan-bulan biasa ni memang bonus la kalau jumpa orang jual. Disebabkan saya teringin sangat nak makan Keria Gula Apong ni yang pure dibuat dari Keribang atau Keledek ubi merah, saya nekad buat sendiri.
Keria Gula Apong

Bahan-bahan diperlukan untuk buat Keria Gula Apong:
1. Keribang lebih kurang 800gram - 1kg
2. Tepung gandum 1 cawan -2 cawan
3. Secubit Garam
4. Gula Apong 300-500gram
5. Gula sesudu besar

Cara-cara buat:
1. Rebus keribang hingga empuk
2. Lecek keribang yang sudah empuk sehingga lumat
3. Tambah tepung gandum sedikit demi sedikit dan juga garam.
4. Siap adunan, cetak guna acuan donut.
5. Goreng hingga kuning perang guna api sederhana.
6. Panaskan gula apong dalam kuali berasingan dan letak gula. Bila mendidih, tutup api,  celup keria yang sudah digoreng dalam gulaapong tadi.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Resepi Mudah dan Sedap Keria Gula Apong"

Saya ada jual Keria Gula Apong. Follow @bydayangku di Instagram for more info. Thank u!

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top