Pada entry sebelum ini Klik SINI, saya pernah berkongsi pasal Mee sup Ikan di Kafe Muzium Sarawak ni. Mungkin ada sahabat-sahabat di luar sana yang masih tak tahu kat mana lokasi Kafe Muzium Sarawak ni kan. Dan saya dengan berbesar hati, nak tunjuk kat mana lokasi sebenar Kafe Muzium Sarawak ni.
Muzium Sarawak. |
Kalau anda dah jumpa Muzium Sarawak ni, yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Merdeka Palace Hotel, maknanya anda memang di lokasi yang betul. Tapi kafe muzium tu bukan berada di dalam bangunan muzium sarawak tu ye kawan-kawan, tetapi, anda kena jalan kaki turun ke bawah sedikit dan tanya je dengan orang-orang kat situ, kat mana kafe muzium ni. InsyaAllah berjumpa akhirnya.
Menu Harian di Kafe Muzium Sarawak. |
Menu trademark di sini adalah Mee Brunei dan Mee Hoon Sup Ikan. Kalau mee Brunei tu, saya memang tak dapat masuk tekak sebab rasa kuahnya yang manis. Tapi mee hoon sup ikan tu memang strongly suggested ye. Sedap sangat. Bagi menu-menu bergoreng yang lain juga tidak kurang hebatnya. Nasi goreng Daging dan Mee Goreng kat sini memang cukup rasa dan power.
Mee Hoon Sup Ikan. |
Nasi Goreng Daging yang Kaw.. |
Kalau tengok pada gambar Nasi Goreng Daging kat atas ni mungkin taklah sedap mana pun nampak nye, ye tak. Tapi tu la, jangan menilai pada rupa. Chewahh.. Cuba dulu baru komen. Memang terbaek. Nasi Goreng Daging kat sini paling sedap kat Kuching aku pernah rasa. Tak tau la kalau korang pernah rasa yang lagi power, Just share with me ye. Boleh saya datang berambeh. :)
Ok lah, masa beroperasi kedai ni adalah dari Hari Isnin-Ahad dari pukul 8 pagi hingga 2 petang.
0 Comments