Powered by Blogger.

Rawatan Kesuburan Saya: On Clomid



Selepas penantian hampir 100 hari, akhirnya saya period juga pada 23/9/2015 yang lepas. 1 hari sebelum Raya aidiladha. Seronok, dan agak teruja kali ini, sebabnya, pada hari ke2 period saya akan mula makan pil clomid yang telah dibekalkan ketika kali terakhir saya berjumpa dengan Dr. Azah di Klinik Syafa. 

Pil Clomid ni, saya kena makan pada hari ke 2 period sehingga hari ke 6 period. Dan pada hari 12-14 dari tarikh pertama period, saya akan followup semula di Klinik Syafa bagi memantau progression follicle /dominant egg tu. Doakan saya ye. Semoga ada berita baik selepas ini.

Pil Clomid yang telah dibekalkan kepada saya.

Apa Pil Clomid ni??
Clomid adalah ubat untuk wanita yang mempunyai masalah OVULASI. Clomid hanya sesuai jika wanita itu mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Clomid ini berfungsi untuk meransang ovari untuk menghasilkan follicle yang mengandungi ovum. Apabila sudah matang, follicle itu akan pecah dan mengeluarkan ovum.

Bagi para wanita diluar sana yang mempunyai masalah kitaran haid yang tidak normal dan masih lagi dalam usaha untuk mendapatkan zuriat, anda dinasihatkan untuk mendapat nasihat doktor dulu sebelum mengambil clomid ni ye. Takut risiko-risiko sampingan pula kalau ambil clomid ni sebarang.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Rawatan Kesuburan Saya: On Clomid"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top