Resepi Kek Horlick Mudah dan Sedap |
Akhirnya berjaya juga tuan empunya blog luarteko ni membuat sendiri kek untuk hidangan di pagi raya. Chewahh. Setelah menggodek resepi yang di share sahabat-sahabat di Facebook, saya teruja nak buat kek Horlick ni. Sebabnya:
- bahan-bahannya yang mudah dan murah (untuk 1stimer cam saya ni, agak highrisk untuk buat kek yang perlukan bahan yang banyak),
- cara buat yang muda,
- dikukus (saya agak failed part masak kek guna oven)
- kek yang ringkas, tapi SEDAP!!
- 10 biji telur
- 8oz mentega
- 200g horlick coklat
- 1gelas gula
- 1 tin susu manis
- 3 sudu mkn tpong gndum/hongkong
- 3 sudu mkn browning
- Mentega dan gula dpukul kembang
- Telur dipukul kembang dan dicampur dengan adunan mentega dan gula tadi dan dipukul sekata.
- Masuk susu,horlick,tepung dan browning,gaul rata.
- Kukus selama 2 hingga 4 jam.
Sekitar snap-snap ketika proses membuat kek horlick ni dengan style cik teko ye. hehe.
Dah siap memutar |
Guna acuan 8X8, Jangan lupa alas guna kertas kek ye kat bawah |
Balut bahagian atas acuan menggunakan aluminium foil untuk elak air kukusan jatuh atas kek |
Check dulu masak ke belum kek ni. Kalau masih lekat kat lidi maksudnya belum masak la tu. |
Yang ni confirm masak dah selepas dikukus 4 jam. Jenuh menunggu. |
Teksture kek horlick ni yang sangat moist dan sepor |
Teruja time potong kek. Firstime berjaya buat. |
Sedia untuk dingap. |
Untuk rakan-rakan yang takut nak memcuba buat kek, saya sangat2 suggest untuk belaja buat kek horlick ni dulu ye. Dijamin berjaya buat dan sedap. Yang penting semangat mesti ada. :) All the best. Untuk saya yang agak pemalas ni, so far buat kek ni sangattttttlah senang. Ingatkan susah derrr.. So apa lagi, jom la buat.
Untuk Resepi Kek Lapis berasaskan horlick juga anda boleh klik di entry terbqru saya ni Resepi Kek Lapis Idola Mudah dan Sedap.
Tags:
#Resepi Kek
12 Comments