-->

Tips Panduan Memilih Rumah atau Hartanah Jenis Kediaman



Mempunyai sebuah rumah kediaman yang selesa dan selamat menjadi impian setiap individu di muka bumi ini. Impian untuk mempunyai kediaman yang selamat dan selesa menjadi antara Target List bagi mereka yang sudahpun berumahtangga dan mempunyai anak-anak.

Terdapat beberapa faktor yang kita perlu tahu dalam memilih kawasan, barisan, dan unit sasaran bagi rumah kediaman kita sebelum membeli. Sebelum membeli rumah kediaman kita harus mengenalpasti perkara-perkara yang kita dan ahli keluarga yang lain perlukan dan minat.






Contohnya, bagi keperluan, rumah kediaman yang bakal kita beli hendaklah berhampiran sekolah anak-anak dan juga tempat kerja kita.Contoh bagi minat atau kesukaan adalah rumah yang berhampiran dengan shopping mall atau tempat-tempat riadah.

Dalam memilih kediaman, kita hendaklah memilih kediaman yang menepati 80% atau lebih daripada keperluan kita.Ia adalah bonus sekiranya rumah kediaman yang dipilih berhampiran dengan 'minat' anda dan keluarga.

Antara tips atau panduan dalam memilih rumah bagi kediaman adalah;


  • Memilih lokasi rumah yang berhampiran atau hampir dengan tempat kerja. Memilih rumah kediaman yang jauh dari tempat kerja adalah satu kesilapan besar, ini kerana jauh dari tempat kerja bermakna anda rugi dari segi masa dan juga wang ringgit bagi minyak kereta.
  • Memilih lokasi rumah yang dekat dengan sekolah anak-anak
  • Memilih lokasi yang tidak berdekatan dengan jalan utama bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar
  • Membeli unit rumah yang menghadap kolam, laut atau tasik (leboh premium)
  • Membeli unit yang mempunyai lebih daripada satu tempat mandi dan tandas
  • Membeli unit yang mempunyai ketinggian siling yang tinggi bagi mendapatkan pengudaraan dalam rumah yang baik.
  • Membeli unit yang menghadap matahari pagi. Elak membeli unit yang menghadap matahari naik bagi mengelakkan panas terlampau.
  • Elak membeli unit yang berhampiran dengan tempat tumpuan orang ramai seperti pasaraya dan warung-warung
  • Elak membeli unit yang berhampiran dengan loji najis atau kawasan pelupusan sampah
  • ELak membeli unit yang berhampiran dengan kilang perindustrian atau ladang ternakan binatang seperti ladang ternakan ayam. 
  • Pastikan anda turun ke lokasi unit rumah bagi meninjau kawasan sekitar dan kawasan berhampiran bagi memastikan kesesuaian tempat
  • Elak membeli unit di lokasi yang berdekatan sungai atau mempunyai risiko banjir
  • Elak membeli unit yang bersebelahan atau berhampiran plot atau lot tanah yang kosong. Hal ini disebabkan kita tidak tahu apakah projek pembangunan akan datang di lot tanah tersebut. Tidak mustahil sekiranya plot yang kosong tersebut adalah untuk tapak binaan loji najis atau kilang /ladang ternakan ayam.
  • Membeli unit yang mempunyai ruang untuk parking kereta sekurang-kurangnya untuk 2 buah kereta. 
  • Membeli unit yang mempunyai kelebaran rumah sekurang-kurangnya 22 kaki.
  • Elak membeli unit yang berhadapan dengan Simpang
  • Elak membeli unit yang menghadap pemandangan yang kurang menyenangkan.

Diharap tips dan panduan di atas dapat membantu atau memberi sedikit idea kepada anda di luar sana yang dalam proses untuk mencari dan membeli rumah. Perlu diingatkan, dalam membeli rumah kediaman, kita perlu menitik beratkan beberapa panduan di atas kerana rumah yang dibeli nanti akan didiami anda sekeluarga untuk jangka tempoh yang lama dan mungkin sehingga akhir hayat anda.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon