Tidy Cats -Cat Litter |
Tetapi semua berubah bila famili kami membela seekor kucing kampung color oren. Waktu bela kucing oren tu, saya dah boleh nak belai-belai kucing tu. Tapi jodoh kami tak panjang, kucing tu hilang tanpa dikesan hingga sekarang. Dan sekarang kami sudah membela seekor kucing mix color putih, yang saya fikir agak mengada-ngada sedikit kucing ni. Yelah, mengada-ngada sebab nak berak pun nak guna pasir. Sigh. Tension bila nak pergi ke bilik air kena cium bau ketahian kucing tu. Betapa worst nya pagi saya terpaksa hidu ketahian itu.
Produk: TidyCats Brand Cat Litter- Non-clumping (For multiple cat)
Pasir ni sesuai untuk mereka yang membela banyak kucing, Kelebihan Tidycats ni adalah harga yang murah iaitu RM10.50 untuk 4.54kg berbanding jenama lain. Untuk jenama Prodiet harganya adalah rm12.90 untuk berat yang sama. Tidycats ni juga adalah 99.6% dust free dan long lasting odor control. Maksudnya disini, 24jam kawalan bau semerbak dari ketahian kucing-kucing anda.
Antara lain maklumat Tidycats brand cat litter ini adalah:
'The long lasting odor control of 24/7 performance helps you maintain a worry-free week. The deodorizing system helps keep odors under control around the clock, while making maintenance easy. Tidy Cats - Odor control for your multipke cat home.'
'Extended release deodorizing system'
'Great absorption-powerful odor control'
'99.6% dust free'
'Low Tracking'
Alhamdulillah, balik kerja tadi, senang sikit hidung ni, free daripada bauan tahi kucing putih. Syukur. Aman. Nak berjimat guna lah Tidy cats.
0 Comments