Powered by Blogger.

Resepi Chai Kueh




Chai Kueh. Bagi masyarakat Cina mesti familiar sangat dengan kueh tradisi mereka ni. Dulu saya memang tak reti nak makan kueh ni, yelah, sebab tak berani nak mencuba. Tapi sejak suami saya beli kueh ni, dan saya pun try makan sebiji, hmm memang sedap.

Di Kuching ni agak susah nak beli chai kueh yang versi halal punya. So bila ada beberapa penjual online open order untuk chai kueh ni, mesti saya tak ketinggalan untuk order. Ok lah, pada Sabtu yang lepas, saya telah cuba memberani kan diri untuk menyahut cabaran untuk membuat chai kueh ni. Saya google resepi dan perolehi resepi dari blog sis ni SinaranMenu.Blogspot.com

Chai Kueh Versi Cik Teko
Jom Terjah Resepi Chai Kueh ni.
Bahan-Bahan untuk Dumpling atau kulit chai kueh
  • 100 grm tepung wheat starch 
  • 200 grm tepung ubi
  • 10 grm gula
  • 20 grm minyak masak
  • secubit garam
  • 450 grm air panas mendidih





Cara membuat Dumpling/kulit

  1. Campurkan kedua-dua tepung dalam mangkuk.
  2. Masukkan garam,gula dan minyak masak ke dalam air panas. Kacau rata.
  3. Tuangkan campuran air panas tadi kedalam mangkuk tepung dan guna sudu untuk mengacau adunan.Kacau tepung hingga menjadi doh dan ketepikan hingga sejuk.(boleh mula menguli doh bila tepung dah tak terlalu panas untuk dipegang).
  4. Taburkan tepung ubi atas papan canai dan canai doh menjadi nipis dan terap dengan penerap bulat. Pastikan doh disapu banyak tepung ubi bila menerap supaya senang untuk mengambilnya dan tidak melekat bila disusun.
  5. Tutup pinggan kulit dumpling yang dah siap dicanai dengan tuala lembab sebelum menggunakannya supaya ia tetap lembab dan menyenangkan proses memicit tepinya.


Bahan-Bahan Inti:
  • 2 biji carrot diparut
  • 1 biji sekuang diparut
  • 100 gram udang kering (rendam air panas dan dicincang halus) boleh ditukar dengan udang basah. -Saya guna udang kering dan diblender. Hehehe.. Malas kan?? 
  • 2 ulas bawang putih
  • secubit garam + 1 ketul pati ayam (saya guna pati ayam Maggi)
  • Serbuk lada putih secukup rasa
  • Beberapa titik minyak bijan (yang ni saya tak leta, sebab takde minyak bijan)
  • 2 batang daung bawang 

Cara memasak Inti:
  1. Panaskan sedikit minyak masak, masukkan bahagian bawah daun bawang dan udang kering.Goreng hingga terbit bau dan masak.
  2. Masukkan parutan carrot dan sengkuang, Kacau sebati. Masukkan semua bahan lain dan kacau hingga sayur agak layu dan masak. Angkat dan sejukkan.

Antara Proses Sempat saya Snap Sepanjang Membuat Chai Kueh ni:

Proses Membuat Inti Chaikueh. Sengkuang dan Lobak diparut
terlebih dahulu. Saya suka sengkuang dan lobak ni diparut halus

Proses Menguli Doh yang sudah pun sejuk. Abaikan penguli
tersebut. Haha..

Doh yang siap dicanai dengan penerap bulat.


Proses mengisi inti ke dalam dumpling. Dan Memicit tepi
dumpling macam kita buat karipap. Nak lagi senang, boleh
beli acuan karipap.

Chai Kueh yang siap dan menunggu turn untuk dikukus.

Siap dikukus lebih kurang 15 minit.

Untuk sos chaikueh ni pula, saya hanya mengguna Sos cili Thai Life dan ditambah air panas untuk mendapatkan sos cair. Jangan buat terlalu cair. Actually sis Sinaran Menu tu ada bagi resepi nak buat sos, tapi disebabkan saya dah terlampau nak cepat, ambik je sos thai dan tambah air. Sedap Jugak. Kombinasi chai kueh dan sos tu memang mantap. Kalau tak, tak la kawan saya tanya, macam mana saya buat sos tu, sedapppp.. Hahaha.. Thanks sis SinaranMenu for the resepi. Dan selamat mencuba ye kawan-kawan.




Bagikan :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Resepi Chai Kueh"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top