-->

Resepi Mudah Pavlova Yang Sedap



Kat Facebook, selalu tengok je kat homepage, sahabat fb post pavlova yang mereka beli atau yang mereka buat. Sama ada untuk mereka makan sendiri atau jual. Suka juga tengok pavlova yang dieorang buat, meriah je dengan buah-buahan antarabangsa gitu. Contoh buahan yang meriah tu strawberry, kiwi, anggur, berries dan orange.

Entahlah, angin dari timur laut atau barat daya yang bertiup kencang sehinggakan saya tiba-tiba teringin nak membaking. Tiba-tiba ok. Saya orang yang amat mustahil nak buat benda-benda macam tu. Saya seperti biasa, google je resepi Pavlova ni. Dan saya telah cedok ilmu resepi Pavlova dari Blog Dr. Raihanna . Thanks Dr, Rai untuk resepi Pavlova tu. Sangat simple dan sedap.

Hasil Terakhir Pavlova saya

Ok. Jom kita terjah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Pavlova ni.


Bahan-Bahan:

Untuk Pavlova Disc:
4 biji telur gred A (bahagian putih sahaja)
200gm gula castor
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1/2 sudu besar tepung jagung


Untuk Krim:
240ml whipping cream (Saya guna Whip Cream Jenama Rich)
20 gm castor sugar
Buah2 kesukaan. (Saya guna Orange, kiwi dan anggur. Takde strawberry. Mahal no kat Sarawak ni)


Cara Membuat Pavlova Disc/Meringue:
  1. Putarkan putih telur terlebih dahulu sehingga berkrim dan berkilat. Masukkan Gula castor sedikit demi sedikit sambil putar.
  2. Then, Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  3. (Tips: esen vanilla akan buatkan pavlova kita tidak hanyir bau telur dan sedap)
  4. Putar sampai jadi bila kita angkat mcm bertanduk
  5. Lepastu stop kan mixer. Masukkan tepung jagung dan juga cuka.
  6. Gaul tepung jagung dan cuka tadi bagi sebati dengan menggunakan senduk.
  7. Dah setel, alas loyang dengan kertas minyak. Dan letak adunan tadi ke dalam loyang dalam bentuk membulat. Saya tak follow cara Dr. Rai, sebab saya takde nozel besar tu.
  8. Panaskan terlebih dahulu oven pada suhu 150'Celcius
  9. Bakar selama 60-75 minit sehingga disc bertukar kepada perang
  10. Dah masak, sejukkan pavlova di dalam oven ye dan jangan lupa pulak nak tutupkan suis.( Tips: Untuk Pavlova agar tidak crack)

Cara Membuat Topping:
  1. Whipping cream make sure sejuk dan yang baru keluar dari fridge untuk diputar.
  2. Tips nak senang putar whipping krim: Masukkan pemutar besi dan bowl mixer ke dalam fridge tempat beku sampai besi dan bowl sejuk dalam 15-30 min.
  3. Then keluarkan pemutar dan bowl mixer, masukkan whipping cream dan terus putar dengan kelajuan tinggi sampai soft peak dan jadi bertanduk tapi tidak terlalu kental dan tak terlalu cair 
  4. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil putar.
  5. Jangan putar terlalu lama nnti krim jadi mcm pecah minyak.
  6. Masukkan krim dalam piping bag dan boleh piping.
  7. Then hias dengan buah-buahan kesukaan anda tadi.



Proses-proses yang sempat saya snap ketika membuat Pavlova.



Bahan-Bahan Yang diperlukan untuk MeringuePavlova

Buahan Yang saya pilih. Cutcost. Haha.. Takde strawberry.

Adunan meringue. 

Kecik je saya punye oven. Bakar pada 150'celcius selama
60-75 minit

Proses membakar meringue. Tak sabarrr...

Whipping cream untuk topping pavlova

Saya guna piping bag untuk letak cream. Gatai.

Hahaha.Abaikan kesenian yang sungguh tidak berseni ini.

Proses menyusun buahan di atas pavlova.

Tarraaaa.. Siap sudah Pavlova Patah Seribu Hatiku.

Sangat Rapuh Pavlova ni. Tak tau menjadi ke tidak kalau
macam ni.

Aa-apa pun, resepi pavlova ni memang mudah sangat dan memang saya nak buat lagi pasni. Tapi buat dalam saiz yang kecik-kecik la. Payah nak potong2, sebab ampuh sangat menatang nama pavlova ni. So far saya puas hati, dan suami pun cakap sodap.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon