-->

Tips Percutian Bajet : Cara Nak Dapat Tiket Flight MURAH


Percutian ke tempat-tempat menarik di Malaysia dan seluruh pelosok dunia menjadi impian majoriti individu. Antara impian saya juga adalah ingin mengembara ke seluruh pelosok dunia. Tempat yang paling saya nak terokai adalah ke negara-negara Eropah dan Tanah suci Mekah (Yang ni memang impian seluruh umat Islam, semoga dipermudahkan impian saya ni).

Saya pernah post entry berkenaan Tiket Promosi Air Asia pada Bulan Mac 2015 yang lepas. Di mana menerusi promosi Air Asia ini saya dapat membeli tiket penerbangan dari Kuching ke KL, KL ke Langkawi, Langkawi ke KL dan KL ke Kuching pada harga RM190 untuk 5 orang. Murah kan??

Jadi tips untuk mendapat percutian bajet yang saya nak kongsikan adalah dengan sentiasa up-to-date dengan promosi daripada Air Asia. Terbaru, saya baru je terima emel promosi daripada Air Asia di mana Promosi 'Tempat Duduk Percuma' pada 7 September 2015 ini dan  akses 24 jam keutamaan kepada ahli BigShot pada 6 September 2015. Tengok, betapa bertuahnya ahli Bigshot. So, saya suggest, anda kalau nak plan percutian bajet dan dapatkan tiket flight murah dan percuma boleh daftar sebagai ahli Bigshot ye.


Tips Semasa 'Free Seat' Promosi:

Tips 1:Login atau daftar sebagai ahli Bigshot, supaya semua maklumat anda dapat disimpan dan dikemaskini bagi memudahkan dan mendapat pengalaman tempahan tiket flight yang cepat. Kelebihan sebagai ahli Bigshot juga, anda akan dapat 24jam akses keutamaan sehari sebelum tarikh promosi yang dibuka kepada bukan ahli.

Tips 2: Rancang Perjalanan Anda. Pilih tarikh perjalanan yang dikehendaki. Buat back-up perjalanan pada tarikh yang lain, sekiranya tarikh yang kita pilih pada permulaannya sudah mahal atau tiada lagi.

Tips 3: Buat tempahan pada sekitar 12 tengah malam hingga 5 pagi bagi mengelakkan 'high traffic'. Selalunya, kalau anda buat tempahan pada jam 8 pagi ke 10 malam, website Airasia akan mengalami kesesakan dan jangan terkejut, tengah anda nak booking, tiba-tiba anda tak dapat proceed, sebabnya kuota seat untuk setiap penerbangan sudah fully book. 

Tips 4: Buat Bac-up Plan. Sediakan beberapa rancangan perjalanan. Jika Plan A tidak berjaya, sekurang-kurangnya anda mempunyai plan sokongan dan anda tidak perlu bersusah-payah merancang dari permulaan sekali lagi. Contoh nya sekiranya destinasi yang anda pilih, kadar tambang/bayaran nya adalah bukan dalam bajet anda, segera berubah ke destinasi lain yang mungkin lebih murah.

Tips 5: Waktu nak buat tempahan, guna service internet yang berkelajuan tinggi (contoh streamyx atau komputer di cybercafe). Sebab waktu anda buat tempahan, anda kena bersaing dengan pengunjung yang lain, yang memang berebut nak dapatkan free seat ni.

Tips 6: Ketika proses tempahan, dan tiba-tiba web 'loading' untuk ke next step dalam tempoh yang lama, JANGAN REFRESH!!!.  Once anda refresh anda akan kembali semula ke senarai menunggu.

Tips 7: Pastikan dalam akaun Maybank2u anda mempunyai wang yang secukupnya untuk membayar service caj airport dan bank processing fee.


Tips 8: Kalau bajet time promosi ni hanya cukup-cukup untuk bayar caj airport dan bank processing fee, anda tak perlu dulu nak add on bagasi atau pilih tempat duduk dulu. Sebab, once anda sudah berdaftar, anda masih boleh untuk kemaskini dan menambah bagasi atau pilihan tempat duduk pada masa lain. Yang ni, selalunya saya buat alam 2 minggu lagi nak fly. Ye lah, beli awal bagasi, kot-kot lan cancel due to emergency. Bertambah-tambah lagi rugi nye.

Tips 9: Untuk proses tempahan yang lebih pantas lagi, rekodkan terlebih dahulu butiran teman dan ahli keluarga seperjalanan kegemaran anda di bawah 'Keluarga & rakan saya' dalam PROFIL SAYA. Semua Nama Penuh dan Tarikh Lahir tetamu akan tersedia bagi mempercepatkan proses tempahan. Anda tak perlu lagi nak isi maklumat tetamu ketika nak grab free seat ni.

Tips 10: Jangan berlengah-lengah ketika membuat carian dan tempahan. Sebabnya, anda hanya mempunyai maksimum 10min di setiap halaman Cari Penerbangan dan Pilih Penerbangan; jika berlengah-lengah lebih lama, anda akan dihantar semula ke 'Bilik Menunggu'.

Tips 11: Kalau tak faham lagi,boleh rujuk website Airasia untuk maklumat lanjut. Usya-usya lah website Airasia tu ye, supaya mahir dan tangkas. :)

Rasanya, setakat tu dulu tips-tips bagi mendapat percutian bajet ye. Harap anda semua get ready pada 6 September 2015 (bagi ahli Bigshot) dan 7 September 2015 ni ye bagi free seat Air Asia. Dapat naik flight dengan kadar tambang yang sangaatttttttttttt MURAH. Thanks Air Asia. Now Everyone Can Fly!!

Baca juga:

0 Comments



Emoticon