Powered by Blogger.

N.K Food Network : Tempat Makan Best dan Sedap Kuching

N.K Food Network : Tempat Makan Best dan Sedap Kuching

Dalam misi pencarian tempat makan yang sedap dan best kat kuching ni, rupa-rupanya ada satu lagi lokasi kedai makan yang strongly suggest untuk anda yang berkunjung ke Kuching. Kedai makan ni adalah N.K Food Network yang terletak di Jalan Keretapi, kuching dan bersebelahan dengan Etiqa Insurance.

Minggu lepas, saya berkesempatan mencuba makanan kat sini bersama dengan kawan. Yang pasti, saya dan kawan saya berkongsi makanan sebab kebetulan waktu tu memang tak lapar, tapi teringin pula nak cuba makanan kat situ. Jadinya, kami pun sepakat order Mee Bandung yang berharga RM8.00. 

Mee Bandung N.K yang boleh tahan!!

Dan untuk seorang lagi sahabat saya, dia yang memang tengah mengidam, order kuetiaw sos. Hmm..actually saya pun tak tau camne rupa kuetiaw sos tu. Macam tak sedap je bunyi nye. Hehehe.. Tapi tu la, jangan menilai dari segi nama.  Bila datang je order kuetiaw sos tu, dan saya pun merasa sedikit, hmmmm.. sedappp.. Haha. Bukan main lagi, saya kutuk kaw-kaw kawan saya tu sebab selalu sangat mengidam nya.

Kuetiaw Sos Plus Ayam N.K

Total Bayaran Makanan yang kami
dah pulun. Harga stil berbaloi-baloi.

So bagi mereka yang mengidam dan tercari-cari mana tempat makan best dan sedap kat Kuching ni, bolehlah cuba menu-menu di N.K Food Network ni ye. Berbaloi-baloi.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "N.K Food Network : Tempat Makan Best dan Sedap Kuching"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top