-->

Tanda-Tanda Penyakit HFMD


Tanda-Tanda Penyakit HFMD

Penyakit HFMD (Hand Foot and Mouth Disease) atau lebih dikenali sebagai Penyakit Tangan Kaki dan Mulut adalah salah satu penyakit berjangkit yang mudah berjangkit di kalangan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Antara tanda-tanda penyakit HFMD adalah maculopapular rash atau bintik-bintik merah yang timbul pada permukaan tapak tangan, kaki dan lutut, ulser di dalam mulut dan dengan atau tiada demam. Penyakit HFMD adalah 'clinically confirmed' sekiranya mempunyai 2 kriteria utama iaitu timbulnya rashes di tangan, kaki dan juga ulcer di dalam mulut. Terdapat kanak-kanak yang dijangkiti HFMD hanya mempunyai 2 kriteria utama dan tanpa demam. Penyakit HFMD merbahaya sekiranya terdapat komplikasi lain seperti 'high fever', 'poor oral intake', 'muntah berterusan', 'fit' dan 'dehyrated'. Sekiranya mempunyai komplikasi lain, kes perlu direfer untuk mendapat rawatan yang lebih lanjut di Hospital.

Maculopapular Rashes pada tapak tangan

Maculapapular rashes pada tapak kaki


Bagaimana kanak-kanak boleh dijangkiti penyakit HFMD? Kanak-kanak akan mudah dijangkiti HFMD apabila terdedah dengan kanak-kanak lain yang mempunyai tanda dan gejala HFMD. Kes HFMD mudah menular di tempat-tempat awam seperti taska, pusat asuhan kanak-kanak, tadika, sekolah dan juga tempat tumpuan orang ramai seperti pusat mainan di Shopping Complex. 

Dalam menangani kejadian Kes HFMD di kalangan kanak-kanak, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencegah penularan kes HFMD ini. Antara beberapa tanggungjawab ibu bapa adalah:

  • Bawa anak-anak dengan segera ke klinik atau hospital jika terdapat tanda-tanda HFMD.
  • Jaga sendiri anak-anak yang dijangkiti HFMD dan asingkan daripada adik beradik dan kanak-kanak lain untuk mengelak daripada berjangkit.
  • Jangan hantar anak yang dijangkiti HFMD ke taska, tadika, pusat jagaan kanak-kanak atau sekolah.
  • Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu dan buang tisu dengan betul ke dalam tong sampah.
  • Jangan bawa anak-anak ke tempat awam yang sesak seperti pusat membeli-belah, kolam renang dan pusat mainan kanak-kanak.
  • Ibu bapa dinasihatkan agar mencuci tangan menggunakan sabun antibacterial seperti dettol, selepas memegang anak-anak yang dijangkiti HFMD. Hal ini bertujuan untuk mengelak anak-anak lain daripada dijangkiti juga.
  • Membuat disinfeksi di rumah seperti mengelap lantai, mencuci jamban dan bilik air dengan menggunakan larutan clorox dengan sukatan 1:10. Ini bertujuan untuk membasmi kuman atau virus penyebab HFMD dan mengelak daripada berjangkit dengan mereka yang lain.
  • Mencuci atau disinfeksi barang permainan anak-anak dengan larutan clorox dengan sukatan 1:40. Iaitu 1 bahagian clorox dan 39 bahagian air.


Baca juga:

2 Comments

avatar

anak sy dh 2x kena penyakit ni..huhu

Balas delete
avatar

Ye sis Mila. Penyakit ni memang boleh kena byk Kali. Jenuh juga nk menjaga nya..

Balas delete



Emoticon