Setelah bertahun-tahun menyambung pengajian di universiti mahupun kolej, sebagai lepasan graduan, anda mesti akan menempuh satu lagi fasa yang amat digeruni setiap individu iaitu fasa temuduga kerja.
Pengalaman saya sendiri kira-kira 5 tahun yang lepas, saya telah melalui 3 kali interview untuk jawatan yang sama namun berbeza company atau jabatan. Saya bersyukur sebab ketiga-tiga jawatan yang saya hadiri temuduga tersebut berjaya. Namun 2 offer kerja pertama yang saya dapat, terpaksa saya tolak atas sebab-sebab tertentu. Sesi interview yang ketiga, saya juga berjaya mendapat jawatan tersebut dan lapor diri. Sekarang sudah pun genap 5 tahun saya bergelar pekerja.
Disini saya nak share sedikit tips dan panduan untuk adik-adik mahupun abang dan kakak diluar sana yang nak pergi temuduga. Moga dapat jadi panduan dan.meningkatkan confident level anda.
Antara tips dan panduan sebelum temuduga/interview kerja:
- alert dengan tarikh dan masa temuduga. Buat reminder di dalam smartphone abda
- pastikan di mana tempat temuduga akan dijalankan
- menyediakan semua dokumen dan sijil asal dan salinan yang diperluka.
- menyusun sijil dan dokumen asal dalam fail secara tersusun dan kemas
- memakai pakaian formal yang sesuai dan kemas. Pastikan pakaian diseterika. Jangan comot.
- Bagi lelaki, pastikan rambut dipotong pendek dan kemas.
- Bagi perempuan, jika bertudung, pastikan tudung kemas dan sesuai. Jika tidak bertudung, pastikan rambut disikat kemas dan jika panjang, diikat kemas. Bawa handbag yang berwarna gelap dan nampak formal.
- mengetuk pintu bilik temuduga dan dapatkan kebenaran untuk masuk
- ketika melangkah kaki masuk ke dalam bilik temuduga, memberi salam atau greet panel penemuduga.
- Berikan fail anda kepada panel setelah diminta dan meminta izin terlebih dahulu untuk duduk sekiranya panel tidak mempelawa anda untuk duduk.
- Duduk dalam posisi tegak. Ini dapat menunjukkan anda seorang yang berkeyakinan.
- Ketika memberi intro berkenaan anda, pastikan anda menceritakan latar belakang anda dan kelulusan anda.
- Elakkan mencerita tentang kelemahan anda
- Terangkan tentang kelebihan anda dan kenapa harus memilih anda untuk jawapan tersebut. Elakkan bercerita kelebihan secara terlampau. Ini boleh menyebabkan panel penemuduga jelik dengan anda.
- Panel penemuduga akan bertanya apa yang kita tahu pasal skop kerja jawatan yang kita minta
- Panel penemuduga akan bertanya macammana kita hendak handle sesuatu situasi atau masalah dalam kerja dan cara kita menyelesaikannya. So be ready guys.
- Sentiasa alert dengan isu-isu semasa dan berita-berita sema dalam tempoh 1 bulan. Kemungkinan.anda akan ditanya.
- Tahu berkenaan.company atau jabatan. Contohnya siapa ketua jabatan. Siapa Pengarah syarikat.
- Sekiranya anda tidak dapat jawab sesuatu soalan yang diutarakan, jawab secara rendah diri dan sopan. Contoh, maaf tuan/puan, saya tidak pasti cara untuk handle sesuatu majlis korporat. Tetapi, saya akan berusaha untuk belajar cara handle majlis korporat selepas ini bagi meningkatkan skill bekerja saya.
Setakat itu sahaja tips atau panduan yang boleh saya share. InsyaAllah kiranya saya ada sebarang tips yang saya ingat, nanti saya akan share ye. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.
Tags:
#Tips#Tips Kerjaya
2 Comments