-->

Mooncake atau Kuih Bulan Halal


Mooncake, berharga RM10.70 untuk 4 biji
Mooncake atau kuih bulan adalah salah satu kuih cina tradisional yang saya minat. Pertama kali makan kuih bulan ni, bila cikgu Chinese kami untuk subjek ERT mengajar buat Kuih Bulan ni. Sedap dan teksture yang sangat unik. Kebetulan, sewaktu saya dan suami pergi ke Kuching Sentral, Kuching, saya terlihat promosi kuih bulan ni. Pelbagai jenis kuih bulan yang dijual. Pelbagai perisa turut dijual antaranya, red bean, pandan, lotus, lotus yolk, yam dan green tea.

Saya memang tak mengharap untuk beli, sebab takut kecewa tiada kuih bulan yang halal. Belek punya belek, mungkin rezeki saya kali ini. Kuih bulan yang dijual mempunyai tanda Halal. Syukur. Saya beli kuih bulan yang berharga RM10.70 dan mempunyai 4 biji kuih bulan dalam satu bungkusan. Namun size kuih bulan tu kecik la. Teringin nak beli yang ada telur masin kat dalam, tapi harga sebijik je RM12.90. Mahal. Tapi memang tu la standard harga kuih bulan. Bagi saya, makin mahal, makin sedap. Haha. Beli dulu yang 4 biji, alkmaklum famili ramai. Dapat kongsi-kongsi.



Mooncake atau Kuih Bulan

Info Ringkas Berkenaan Mooncake atau Kuih Bulan:

Mooncake atau Kuih bulan adalah produk bakeri Cina tradisional yang dimakan semasa Festival Mid-Autumn (Zhongqiujie). Pesta ini adalah untuk ibadah dan melihat bulan lunar, apabila kuih bulan dianggap sebagai makanan istimewa yang tidak boleh diketepikan. Kuih bulan dihidangkan kepada rakan-rakan atau pada perhimpunan keluarga ketika meraikan perayaan itu. Festival Mid-Autumn adalah salah satu daripada empat perayaan yang paling penting China.





Mooncake Inti Red Bean


Kuih bulan biasa adalah dalam bentuk pastri bulat, berukuran kira-kira 10 cm garis pusat dan 3-4 cm tebal. Ini adalah kuih bulan Kantonis, dimakan di China Selatan di Guangdong, Hong Kong, dan Macau. Mooncake yang kaya dengan inti yang tebal biasanya diperbuat dari kacang merah atau biji teratai  dikelilingi oleh (2-3 mm) kerak nipis dan mungkin mengandungi kuning telur daripada telur itik masin. Kuih bulan biasanya dimakan dalam sukatan yang kecil disertai dengan teh Cina.



Kuih bulan ni sesuai dimakan sambil minum air teh kosong yang panas. Baru cun dan ngam rasa dia. Jangan makan banyak sangat kuih ni, sebab cepat rasa muak. Kena makan sikit-sikit dan nikmati rasa kuih bulan ni sambil pejam mata ye. :) Apa-apa pun, bagi saya makanan tradisi Cina memang sedap, tapi tu lah kesukaran untuk mendapat yang halal. Jadi, bila dah jumpa kuih bulan halal depan mata, just grab the oppurtunity. 

Baca juga:

0 Comments



Emoticon