-->

Tips Atasi Kulit Muka Yang Kering


Setiap wanita mendambakan kulit muka atau wajah yang sihat dan mulus. Mempunyai kulit muka yang sempurna, sihat dan cantik tanpa jerawat dan sebarang cela menjadi dambaan setiap gadis dan wanita.
Saya sendiri turut mempunyai masalah kulit muka yang kering terutamanya di bahagian pipi berdekatan mulut. Dan hal ini sedikit sebanyak mengganggu tahap confident saya bila berhadapan dengan orang ramai. Perghh.. ayat skema sikit. Haha.

Saya telah mencuba beberapa Toner bagi merawat permasalahan kulit wajah kering saya ni. Dan dalam tempoh 2 bulan ni, saya telah bertukar mengguna produk Loreal iaitu Hyrafresh Icy Toner. Harga nya saya lupa pula sebab dah 2 bulan yang lepas beli kan. Tapi yang pasti harga nya masih bawah RM20. Still murah dan berbaloi. 

Hydrafresh Icy Toner

Bagi saya sendiri, mengguna Hydrafresh Icy Toner ni barulah kulit wajah saya tidak kering dan menggelupas lagi. Dan mudah je nak apply BB Cream stick kat muka. Saya guna Toner ni 2 kali sehari, iaitu pagi sebelum nak apply mekap pergi kerja dan juga malam sebelum nak tidur. So far, saya masih lagi maintain menggunakan toner ni sebab saya takda masalah lagi dengan kulit kering dan menggelupas di muka. Jadi, bagi anda yang mencari produk yang murah dan berkesan dalam merawat masalah kulit muka yang kering, boleh lah mencuba produk Loreal ni ye. Bersyukur sangat sebab saya tetiba gatal tangan asyik nak bertukar produk toner. Ye lah, toner sebelum ni langsung takda kesan, :(
So selamat tinggal kepada kulit wajah kering.



Baca juga:

0 Comments



Emoticon