Powered by Blogger.

Resepi Nasi Arab Yang Mudah dan Sedap



Resepi Nasi Arab Yang Mudah dan Sedap

Hari ini cik puan jelita aishah, iaitu saya sendiri mencemar duli turun ke dapur untuk mencuba Resepi Nasi Arab pulak.Untuk pengetahuan anda, saya ni hanya rajin nak mencuba resepi, kalau makanan tersebut adalah minat saya atau minat mereka -mereka yang saya sayang. Setelah hampir seminggu saya meng'google' resepi-resepi Nasi Arab di Google, akhirnya setelah menimbang tara akan cara yang mudah dan persembahan atau rupa Nasi Arab yang saya inginkan, akhirnya saya memilih untuk mencuba resepi dari blogger Azie Kitchen. Untuk resepi asal, anda boleh merujuk ke blog tersebut. Ini disebabkan, saya telah meringkaskan lagi resepi ini atas dasar kekurangan bahan dan kesukaran untuk mendapatkan bahan. Sampaikan saya mencari Serbuk Saffron di kedai Cina, sampai cina tu say 'Hahhhhhhhh???' dengan saya. Saya pun balas balik,, 'Hahhhhhh', takda ka?? Hahaha. Saya pun taktau macam mana rupa serbuk tu, main hambat tanya je. 


Nasi Arab Hadramaut
Sumber: Azie Kitchen
Olahan: CikpuanTeko

Bahan bahan:
5 bahagian paha ayam
1 1/2 kg beras basmathi - basuh dan rendam selama 1 jam. (bersamaan 5 1/2 cawan)
Air secukupnya (1 1/2 - 2 cawan bagi setiap cawan beras)
1 biji tomato masak - potong
2 labu bawang besar - potong bulat
1 biji lada hijau - potong kecil
Garam secukup rasa


Rempah rempah (bahagi 2 bahagian - rebus & tumis):
5 biji buah pelaga
3 batang kulit kayu manis
5 bunga cengkih
1/2 sb serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 sb serbuk jintan putih


Sedikit pewarna kuning
Minyak masak/minyak jagung/olive (saya guna minyak sapi)




Cara cara Memasak Nasi:
Nasi ARab Hadramaut yang digandingkan dengan ayam Goreng
Berempah, Acar Timun dan Kari Kambing.
  1. Sukat air dan rebus sehingga mendidih. Masukkan semua ayam, 1 labu bawang besar, tomato, separuh dari rempah rempah di atas dan dikacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1/2 jam.
  2. Keluarkan ayam dan disusun dalam bekas loyang yang telah di oles dengan marjerin. Ketepikan air rebusan dan keluarkan rempah dari air rebusan tersebut.
  3. Baki rempah dari air rebusan dan baki remah selebihnya dimasukkan ke dalam kuali. Masukkan 1 labu bawang besar dan cili hijau. Kemudian tuangkan minyak sapi/ minyak masak ke dalamnya dan goreng sampai bawang menjadi kekuningan.
  4. Setelah kekuningan, tuangkan bahan yang digoreng ke dalam air rebusan ayam tadi, dan masukkan garam secukupnya dan biar sehingga air mendidih.
  5. Kemudian, masukkan beras basmathi ke dalam air rebusan dan pindahkan ke dalam rice cooker.
  6. Bila nasi hampir masak, titiskan pewarna kuning sedikit (sekiranya mahu seperti ala-ala nasi beriyani) dan digaul rata.
  7. Tunggu nasi masak. Siap untuk dihidang.
Rempah yang dibahagi kepada 2 bahagian
Nasi Arab yang hampir masak dan dititiskan sedikit pewarna
kuning.

Cara cara Menyediakan Ayam:
  1. Lumur keseluruhan permukaan ayam dengan pewarna merah yang dicampur dengan garam. Saya letakkan juga sedikit olive oil.
  2. Bakar dalam 20-30 minit dengan dibalikkan permukaan ayam dengan menggunakan api atas sahaja.
Ayam yang telah dilumur dengan garam dan
sedikit pewarna merah. Siap untuk dibakar.
Mudah je kan. Selain daripada Ayam di atas, saya juga telah menyediakan Ayam Goreng Berempah dan Acar Timun untuk dimakan bersama nasi Arab ni. Saya tak buat side dishes seperti yang Puan Azie Kitchen buat tu, sebab, tak minat Salatah dan Zabadi tu. Jadi ikhtiarnya dengan Acar je la. Huhuhu. Dan lagi satu, satu part saya ngelat juga, saya gi beli Kari Kambing yang sudah siap dijual dari kedai Mamak. Hahaha. Ambik mudah dan cepat. Akhr sekali dari saya, saya bukanlah pakar memasak, saya hanya seorang wanita yang baru bertatih ke dapur dan hanya berpandukan resepi dari Google ni. Selamat mencuba kepada kawan-kawan yang seangkatan dengan saya.Hehe.



Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Nasi Arab Yang Mudah dan Sedap"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top