-->

Resepi Sambal Udang Petai Mudah dan Sedap

Sambal Udang Petai yang mudah dan sedap.
Rasanya tak lengkap sambal tumis yang tak dicampur dengan udang dan petai. Semalam, saya pergi ke Pasar Serikin dan sempat memborong 3 bungkus petai yang telah siap dikopek dan 2 ikat Petai. Geram pulak tengok petai ni yang besar-besar.
Jadi, hari ini saya telah tanam i'tizam nak masak Sambal Udang Petai dan makan dengan Nasi Carrot. Jadi, macam biasa, ofcourse la nakkan Resepi yang mudah, ringkas dan sedap kan. Hehe. Jom masak!

Resepi Sambal Udang Petai

Bahan-bahan:
1/2 kg Udang kecil (dibuang kulit)
30 tangkai cili kering (dipotong dan direbus)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu makan asam jawa (dibancuh dgn air)
2 1/2 sudu makan gula
2 sudu besar minyak masak
2 labu bawang besar (dipotong secara bulat)
Petai (ikut banyak mana nak letak)

Cara-cara:

1. kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih.

2. Panaskan kuali dan letak minyak. Bila dah panas, tumiskan bahan yang dikisar (cili kering+bwg merah+bwg putih). Tumis sehingga pecah minyak.

3. Masukkan gula. Tumis sekejap.

4. Masukan udang. Gaul rata hingga udang masak dan selepas itu masukkan bawang besar.

5. Letakkan garam secukup rasa. Saya letak.1 1/2 sudu makan garam.

6. Masukkan petai. Gaul hingga masak.

Selamat mencuba ye kawan-kawan.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon