-->

Nasi Mak Entek Special di Warong Nusantara, Kota Samarahan

Tempat Makan Sedap dan Special di Kota Samarahan, Sarawak: 
Nasi Mak Entek Special di Warong Nusantara, Kota Samarahan

Nasi Mak Entek ni, memang antara salah satu menu makanan yang popular di Warong Nusantara, Kota Samarahan. Warong Nusantara ni terletak berhadapan dengan shopping mall Summermall, Kota Samarahan. Nasi Mak Entek ni antara juadah wajib saya dan kawan-kawan sekiranya ada lepak di Warong ni. Nasi ni mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk sekitar terutamanya dari kalangan pelajar Uitm dan Unimas yang kebanyakan mereka menyewa berdekatan dengan warong. Disebabkan mendapat sambutan hangat, jadi, saya nasihatkan anda kena lah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi ya untuk menunggu order Nasi Mak Entek anda sampai ke meja anda. :)

Saya dulu pernah ambik masa dalam 2 jam juga, baru sampai Nasi Mak Entek yang saya order. Hingga hilang kenikmatan nasi tersebut. Yelah, hati dah panas. Hahaha. Harap service stall tu sekarang sudah diperbaiki dan semakin baik. Ok lah, harga sepinggan Nasi Mak Entek ni adalah RM7. So far sangat berbaloi dan sedap. Just tak best part menunggu. Jadi, kalau nak cuba, boleh la try test power kesabaran anda. Hehehe. Stall ni start beroperasi dari jam 7:00 malam ya. Sampai pukul berapa tu ,maybe sampai nasi abis la kot.
Nasi Mak Entek, di Kota Samarahan.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon