Powered by Blogger.

Tips dan Panduan Memilih Cooker Hood Yang Bagus


Beberapa bulan yang lepas, sp telah menemani emak yang tengah duk sibuk nak membeli Cooker Hood baru bagi menggantikan cooker hood sedia ada yang telah rosak. Cooker hood lama kitaorang tu, walaupun telah beberapa kali dibaiki, tetap rosak. Kalau pulih pun, untuk tempoh yang sekejap je. So, daripada spent duit untuk baiki, rasanya, better lagi kalau beli baru je. Ok, appa function atau fungsi Cooker hood ni?? Actually, mempunyai cooker hood ni bagus sebenarnya, sebab cooker hood ni berfungsi untuk menyerap bau-bauan masakan yang kita tengah masak dan juga minyak daripada asap masakan kita ni. Jadi, takda lah kejadian, dapur rumah, dan langsir di ruang makan dan ruang tamu berbau asap takpun berbau belacan yang kita tengah tumis. Huhu. Itulah kelebihan ada cooker hood ni.

Meh, sp nak bagi tips dan panduan nak beli cooker hood ni. Kalau boleh ELAKKAN membeli cooker hood yang takda tempat untuk takung minyak tu, sebab susah nak cuci. Tiap kali nak cuci, korang kena cabut yang perangkap kat atas tu, dan cuci. Leceh. Kitaorang guna yang jenis takda perangkap minyak ni lah, so agak leceh la nak mencuci nya.

Jadi, kalau nak beli cooker hoood, sp strongly suggest beli Cooker Hood yang mempunyai tempat takungan minyak tu, sebab, kalau takungan tu penuh dengan sisa minyak, korang boleh tanggalkan saja perangkap minyak tu, buang sisa dan cuci perangkap tu. Mudah, senang dan jimat masa. So, brand yang emak sp beli tu adalah Brand Malaysia, Zanussi. Tak pernah dengar ke?? sp pun baru first time dengar. Haha. So far, performance Cooker Hood Zanussi ni ok lah, just tak syok dengan tulisan bahagian Button die je yang mudah faded. Last-last nanti, memang hilang juga tulisan tu nanti. So nanti, main agak-agak jelah nak on Cooker Hood tu.

Cooker Hood Brand Zanussi. Time tengah ON lampu.

Zanussi. Product of Malaysia


Tengok, tinggal dua je lagi Tulisan. :(

Beli Cooker Hood yang ada Perangkap Minyak macam ni,
mudah nak maintain.
Jadi, rajin-rajin la buat survery dulu ya sebelum nak beli cooker hood ni. Lain product, lain keberkesanannya. Macam yang brand Zanussi yang kami beli ni, harga dia lebih kurang RM1200 +- after campur dengan kos pemasangan. Selamat membeli belah.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Tips dan Panduan Memilih Cooker Hood Yang Bagus"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top