-->

Resepi Ayam Goreng Berempah Mudah dan Sedap


Resepi Ayam Goreng Berempah Mudah dan Sedap

Sejak dua menjak ni, blog luarteko ni, agak aktif menyiarkan blog post pasal resepi la pulak. Ni disebabkan mood tuan punya blog ni yang tiba-tiba datang angin monsun timur laut yang rajin nak mencuba pelbagai resepi juadah dan kek. Layan je la.

Ayam Goreng Berempah Pertama saya.
Ok lah, kali ini, sebagai seorang yang masih lagi bertatih dalam dunia masakan, chewahh.. haha.. Saya nak kongsi satu resepi Lauk yang cukup sedap, menggiurkan dan yang paling penting adalah lauk favourite suami saya. Demi suami, saya gagahi juga nak belaja buat ayam goreng berempah ni. Haha. Actually saya dapat resepi ni dari google, lupa pulak dapat dari blog mana. Mintak halal ye tuan punya resepi.

Jom kita Goreng Ayam berempah.
Resepi Ayam Goreng Berempah:

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam atau 20 ketul bahagian kepak ayam
5 ulas bawang merah*
6 ulas bawang putih*
4 inci halia *
3 batang serai*
1 sudu teh ketumbar*
1 sudu teh jintan manis*
1/4 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh serbuk kunyit*
2 sudu besar minyak masak*
Garam secukup rasa
6 tangkai daun kari
3 sudu besar tepung jagung
Sedikit pewarna merah

*Blend semua bahan dengan sedikit air.

Cara-Cara:

1. Perap ayam lebih kurang 15 hingga ke 20 minit (lagi lama lagi bagus) dengan bahan yang sudah diblend tadi dan gaulkan sekali dengan daun kari dan tepung jagung. Letak sedikit pewarna merah untuk mendapatkan warna ayam goreng berempah yang kemerahan.

Ayam yang telah diperap


2. Panaskan minyak dalam kuali. Minyak kena lebih ya,

3. Goreng ayam dengan api sederhana bagi mendapatkan ayam goreng yang masak sekata.

4. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba.

 Bagi sahabat-sahabat yang kurang keyakinan nak mencuba,dinasihatkan agar mencuba ja buat sekali. Silap buat sekali takpe, sebab kita akan belajar dari kesilapan tu dan akan ingat untuk selamanya. Selamat mencuba ya.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon