Powered by Blogger.

Resepi Kek Pisang Mudah dan Sedap

Resepi Kek Pisang Mudah dan Sedap!



Kali ini, sp nak share satu lagi resepi kek yang mudah dan sedap iaitu Kek Pisang. Bahan-bahannya pun senang diperolehi. Yang penting kena ada pisang. 


Kek Pisang yang sangat moist


Jom kita terjah Resepi muda ni.

Resepi Kek Pisang:

Bahan-bahan:

4 biji pisang emas (dilecek)
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
11/2 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bikarbonat*
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu teh esen vanilla
(*diayak bersama)


Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 180'c api atas bawah
  2. Sediakan loyang 4 segi. Oleskann margerin dan alas kertas minyak.
  3. Putar gula, telur dan minyak  hingga putih.
  4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bahan ayak dan kacau rata dengan sendok
  5. Masukkan pisang, esen dan air limau dan gaul sebati. 
  6. Selepas itu, tuang adunan ke dalam loyang. 
  7. Bakar di dalam oven selama 40 hingga 50 minit bergantung dengan oven masing-masing.

Semoga perkongsian ini, dapat memberi panduan kepada anda. Thanks sudi singgah. 

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Kek Pisang Mudah dan Sedap"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top