Powered by Blogger.

Resepi Maggie Kari Goreng


Ok. Kali ni nak share menu paling simple, tapi sedap. Mee Maggie Kari Goreng Melayu style. Haha. Selalunya kalau nak order mee maggie goreng ni, kat kedai-kedai mamak je ada kan.

Jom kita buat sendiri mee ni. Rasanya buat sendiri lagi sedap. :p

Resepi Mee Maggie Kari Goreng

Bahan-bahan:

2 bungkus Mee Maggie Kari
1 biji telur
1 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus
2 Batang sayur sawi
2 batang daun sup
minyak masak
kicap pekat manis


Cara-cara:

1. Selur mee maggie kosong ke dalam air yang tengah mendidih. Ala buat mcm selalu kita nak buat mee goreng sedap tu. Masak jangan sampai kembang ye.

2. Toskan mee dan dilalukan guna air biasa pada mee agar mee tidak melekat ketia digoreng.

3. Panaskan minyak untuk menggoreng. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dan masukkan 1 peket perencah maggie kari. Tumis sekejap.

4. Masukkan telur dan digaul sekata dan terus masukkan mee tadi. Gaul sekata.

5. Masukkan 1 peket lagi perencah kari dan sayur sawi. Gaul rata.

6. Tambah kicap pekat manis ikut citarasa anda. Kalau saya, saya suka mee ni nampak sedikit hitam kicap ni. Hehe.. Last sekali Gaul rata dan siap untuk dihidang.


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Resepi Maggie Kari Goreng"

Mudah penyediaannya. Tak payah nak order kat kedai mamak lagi. Terima kasih share.

Yaa..rasanya buat sendiri lebih sedap. Hehe

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top