-->

Annuar BBQ Steamboat Ok ke Tak?


Anda suka bersteamboat? Suka main masak-masak? Tak tahu kat mana lagi nak makan-makan dan cari tempat yang santai untuk aktiviti hujung minggu bersama keluarga atau rakan-rakan? Apa kata anda pergi terjah ke Annuar Steamboat yang terletak di Jln Ban Hock. Kalau anda nak pergi ke sini, lokasi Annuar Steamboat ni terletak tidak jauh dari Hotel telang Usan dan Tempat Makan Western Sharing Planet. Ok ke tak makan steamboat kat Annuar Steamboat ni?? Bagi saya, pilihan di Annuar Steamboat ni sangat banyak dan yang bestnya, di sini, mereka juga sudah sediakan menu yang sudah siap untuk dimakan seperti Laksa Sarawak, dan juga Ayam Pansoh. Jadi, bagi yang malas nak tunggu hidangan panggang mereka siap, bolehlah makan menu yang sudah siap ni terlebih dahulu. Kalau anda nak ke sini, dinasihatkan buat tempahan meja terlebih dahulu agar tidak kecewa nanti sebab takda meja kosong. SIa-sia je pergi nanti. Anda boleh call no telefon Annuar Steamboat ini +6019 886 7900 untuk buat tempahan terlebih dahulu ye. Masa operasi Annuar BBQ Steamboat pula adalah dari pukul 7:00 malam hingga 11:00 malam.

Anuuar BBQ Steamboat menawarkan harga yang sangat berpatutan iaitu RM22.00 untuk seorang bagi dewasa dan Rm12.00 untuk kanak - kanak. 
Annuar BBQ Steamboat

Nak Panggang Ikan pun boleh. Terdapat tempat khas disediakan.

Tempat yang menarik dan selesa

Annuar BBQ Steamboat di Jln Ban Hock

Baca juga:

0 Comments



Emoticon