-->

Terbang tinggi dengan Malindo Air


Ini adalah pengalaman kali kedua saya terbang menggunakan perkhidmatan udara tambang murah Malindo Air.
Kebiasaannya saya selalu menggunakan perkhidmatan kos rendah AirAsia untuk pergi ke Semenanjung disebabkan selalu beli waktu offer murah. Offer murah selalunya akan dapat 2-5 bulan lebih awal sebelum penerbangan.
Kenapa saya guna Malindo kali ini?? Sebabnya, tarikh konvo saya di KL baru diketahui dan baru dimaklumkan kepada kami sebulan sebelum. Jadi peluang nak dapat tiket murah tu memang tipis. Selepas banding harga tiket dan kos-kos lain, saya dapati harga Malindo lebih murah daripada Airasia.
Pengalaman kali ini terbang bersama Malindo dari Kuching ke KL, saya rasa lebih selesa berbanding Airasia. Ini kerana ruang kaki di tempat duduknya yang lebih luas dan mudah untuk kita nak buat pelbagai gaya kaki (selalu nak krem kaki kalau lama sangat duduk dalam keadaan statik). Satu lagi, di setiap tempat duduk ada disediakan kemudahan tv untuk kita menonton cerita-cerita menarik sepanjang penerbangan. Kalau ada anak-anak kecil memang sesuai sangat naik Malindo. Selesa dan berbaloi-baloi.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon