-->

Tempat Makan Best di Kuching: Teh Tarek Kafetaria Demak



Bagi yang masih tercari-cari mana lagi tempat best nak makan sambil lepak-lepak dengan kawan, saya cadangkan boleh lah cuba di Teh Tarek Kafetaria yang terletak di Demak. Kafetaria ini terletak berdekatan dengan Medah Hamidah.

Teh tarek Cafeteria Demak adalah salah sebuah kedai makan yang best untuk lepak dengan keluarga dan juga kawan-kawan. Teh tarek Demak ni terletak di Demak dan berdekatan dengan Medan Hamidah. Kiranya kedai makan ni berdekatan dengan Kpg Gersik. Alah, Kampung yang famous untuk orang membeli belah Kek Lapis Sarawak tu. 

Jadi, kalau anda ada pergi ke Mira Cake House atau Kedai Kek Lapis Dayang Salhah, anda boleh lah singgah sebentar di Teh Tarek ni. Apa yang menarik di sini, anda boleh pilih pelbagai menu yang anda ingini dari pelbagai stall yang terdapat di dalam kedai tersebut. So far, rasa makanan di sana belum lagi pernah mengecewakan saya. 

 Kalau anda pergi ke kedai makan ni pada waktu malam, anda boleh memcuba Ayam Panggang Madu yang dijual di bahagian perkarangan luar kedai ni. Rasa Ayam panggang tu memang sedap. Memang thorbaek tok. Ayam Panggang Madu di sini juga antara ayam panggang tersedap yang pernah saya makan. Cukup rasa dan sambal nya juga sangat sedap. Harga bagi 1ekor ayam panggang madu ni adalah RM17 sahaja.Selain itu, bagi anda yang tercari-cari mana nak makan char kueh tiaw Penang, boleh lah datang ke sini malam ye. Sebab stall ni, rasanya bukak malam je. Waktu siang, takda beroperasi kalau tak silap saya. Apa-apa pun, suasana di Kedai makan ni pada waktu malam memang santai.

Apa yang special di sini? Bagi saya, orang local kat sini, Teh Tarek Kafetaria mempunyai variasi menu yang pelbagai. Antara menu yang sukar dicari di Kuching ni, namun ada ditawarkan di kafetaria ini adalah Char kue tiaw Basah, ayam panggang madu, dan juga otak-otak. Dapatlah mengubat kerinduan saya dengan otak-otak di semenanjung nun.


Char kue tiaw basah nya juga boleh tahan dan sedap. Char kue tiaw biasa rm5.50 dan special pula adalah RM7.00. Kalau telur dalam kuah ni banyak sikit maybe makin power rasa nya. Bagi local sarawakian atau sahabat dari semenanjung yang menetap di Kuching dan teringin dan rindu nak makan char kue tiaw basah, boleh la berkunjung ke Teh Tarek Kafetaria Demak ya.

Baca juga:

2 Comments

avatar

walaupun daku org sarawak, tapi tak pernah lagi makan di situ...
huhuhuhu

Balas delete
avatar

xpa2. kelak2 ada masa coba la at sia. Best juak k lepak ngn kwn2 or famili.

Balas delete



Emoticon