Powered by Blogger.

Resepi Telur Hongkong Mudah dan Sedap



Resepi Telur Hongkong yang sangat mudah, jimat dan sedap. Sp pun baru pertama kali nak cuba buat menu yang sedap ni dan yang paling penting ianya sangat mudah dan ringkas untuk dibuat. Sesuai la dengan sp ni yang tak reti sangat memasak. haha.


Jom terjah resepi gila senang ni.

Resepi Telur Hongkong
Bahan-bahan:
6 biji Telur ayam
4 biji telur padi @ century egg
4 biji telur masin
4-5 tangkai daun sup  (dipotong kecil)
4-5 tangkai daun bawang (dipotong kecil)
1 biji cili merah besar (dicincang halus)



Cara-cara:
1. Rebus telur masin dan potong kecil.
2. Telur padi dipotong kecil.
3. Kacau telur ayam dan masukkan daun sup, daun bawang, dan cili merah besar.
4. Susun separuh daripada telur masin dan telur padi ke dalam acuan. Separuh lagi diletak ke dalam adunan telur ayam tadi.
5. Gaul rata adunan telur ayam. Jangan terlampau kasar, takut tekstur telur masin dan telur padi rosak.
6. Tuang adunan telur ayam ke dalam acuan yang telah disusun telur padi dan telur masin tadi. Kemaskan adunan.
7. Kukuskan adunan tersebut lebih kurang 30-40 minit.
8. Siap dihidang.

Mudahkan buat telur hong kong ni. Yang pasti telur ni sangat sedap dan boleh dimakan bersama nasi. Nak makan macamtu saja pun boleh just kena tahan masin telur masin tu la. Ok lah, selamat mencuba ye dear friends.

Telur Hongkong
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Telur Hongkong Mudah dan Sedap"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top