-->

Review Citin Hotel Masjid Jamek KL


Alhamdulillah, berakhirlah sudah perjalanan Konvokesyen saya di KL dari 19 November hingga 24 November 2015. Dah pergi ke KL untuk tempoh masa yang agak lama, of course lah kena check in HOtel kan. So, selepas sesi google menggoogle hotel-hotel yang sesuai untuk stay di samping tidak jauh atau tidak susah untuk ke Dewan Canselor Universiti Malaya, saya telah memilih untuk menginap di Citin Hotel Masjid Jamek Kuala Lumpur.


Saya check in di Citin Hotel Masjid Jamek bermula pada 20 November hingga 24 November 2015 iaitu untuk 5 hari 4 malam dengan jumlah bayaran RM443 sahaja. Murah dan sangat berbaloi untuk penginapan bajet. Bagi saya, penginapan di sini adalah sangat murah di samping lokasinya yang sangat strategik dan mudah untuk akses ke mana-mana kawasan di KL memandangkan lokasi hotel ini yang berdekatan dengan Stesen LRT iaitu lebih kurang 10 minit berjalan kaki. 

Selain itu, di perkarangan bawah Citin Hotel juga terdapat Pasar Malam tetap. Kiranya ini satu bonus lah untuk kita nak jalan-jalan cuci mata dan membeli belah barangan tanpa perlu nak cari transport untuk ke Uptown atau Downtown. Lokasi hotel ini juga berdekatan dengan shopping complex Sogo KL dan Jalan Masjid India lokasi untuk membeli tudung dan kain-kain yang murah. Ini kira bonus untuk kaum wanitaaaaaa seperti saya. Menginap di Citin Hotel Masjid Jamek juga anda tak perlu risau kalau nak makan, sebab dekat je dengan tempat makan dan gerai-gerai makanan di sekitar hotel. Kalau tempat makan, anda kena jalan kaki lebih kurang 5-7 minit. Selalunya tak rasa pun jalan kaki ni, sebab on the way ke tempat makan, kita boleh cuci mata dulu di sepanjang Pasar Malam di perkarangan Hotel tu.

Saya bagi 9/10 stars untuk Citin Hotel Masjid Jamek. Jom usya Yang Menarik Tentang Citin Hotel Masjid Jamek:


Murah
Selesa
Lokasi yang dekat dengan Sogo dan Jln Masjid India
Dekat dengan Tempat-tempat Makan

Counter Service yang sangat friendly dan mudah untuk berurusan tidak macam sesetengan Hotel Bajet yang saya pernah check in dulu.


Ruang Bilik walaupun agak kecil, namun masih berbaloi dan selesa untuk jadi tempat persinggahan dan tidur. Terdapat akses wifi dan juga TV untuk masa boring-boring anda. Tapi channel TV limited ye. Jangan over sangat. Haha.

Bilik air dan toilet yang bersih dan selesa nak poo poo.. Haha.

Berdekatan dengan Stesen LRT Masjid Jamek, jadi mudah untuk akses ke tempat-tempat lain di sekitar KL. Selain itu, dekat dengan Pasar Malam, Sepanjang Laluan dari stesen LRT ke Citin Hotel Masjid Jamek, kita akan melalui deretan gerai-gerai menjual barangan seperti baju, tudung, jersi, beg dan barangan lain.

Cuma satu je saya nak complaint tentang bilik yang saya menginap ni iaitu bilik 603, Langsir tingkap tak dapat ditutup full, maksudnya, celah tepi kiri dan kanan tak dapat ditutup habis dan cahaya sangat terang masuk. Itu je lah yang saya tak suka, disebabkan saya silau, Nak mintak tukar bilik lain, malas la pulak nak berangkut barang.

Untuk tempat-tempat makan yang terhampir, saya akan review dalam next-next post ye. Lastly, bagi saya, saya serta famili, sangat selesa menginap di Citin Hotel Masjid Jamek dan sangat berbaloi dengan harganya. Jadi, selamat bercuti.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon