Powered by Blogger.

Musim Hujan Musim Ular!



Sejak dua tiga minggu ini, Bandaraya Kuching mengalami musim hujan. Kebiasaannya hujan akan turun pada sebelah pagi dan petang. Bila dah musim hujan ini, kawasan tempat tinggal saya memang kerap akan jumpa ular di sekitar rumah. Kalau nasib tak baik, kadang-kadang ular tu dah bersimpuh baik punya di celah-celah almari rumah.

Fuhh.. Hari ini, saya yang baru sahaja sampai di rumah dan baru beberapa tapak nak masuk ke pintu ruah telah terserempak dengan haiwan berbisa ini yang tengah meninggikan kepalanya. Menurut ayah saya, ular ini sangat berbisa sama seperti ular tedung. Kalau ular spesis ni, saya panggil ular tebu disebabkan warna nya yang berbelang hitam kuning seperti tebu.

Saya bersyukur sangat hari ini sebab, kebiasaannya kalau saya baru keluar dari kereta memang akan jalan terus sahaja tanpa tengok ke bawah. Namun, hari ini entah angin apa yang bertiup, saya jalan menunduk ke bawah. Hampir nak terpijak ular ini yang seperti dah standby nak mematuk. Seram sejuk pula saya.
Khuatir ular tersebut akan masuk menyelinap ke rumah, saya menelefon nombor rumah dan memanggil adik perempuan saya. Maafkan kami ular, kami terpaksa bunuh kamu demi keselamatan kami.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Musim Hujan Musim Ular!"

Nasib baik tak terpijak..
Minggu lepas ada 2ekor ular masuk umah. Nasib baik tak terpatuk..

itu la pasal ms.kejupenyet.. seram sejuk pulak rasa.. mtk jauh la dr perkara buruk..

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top