-->

Naan Cheese di Restoren Selera MY (RSMY)


Dah pergi KL wajiblah cari makanan yang hot-hot sikit kan. Jadinya saya dan husband gigih mencari Restoren RSMY untuk mencuba Naan Cheese yang hot sangat tu.
So far ok lah rupa kedai ni, ada la rupa restorennya sikit. Pelayan di situ suggest kitaorang new menu iaitu Yummy Naan Cheese. Just beza dia dengan Naan Cheese biasa ialah ada chicken slice. Itu je. So suami saya order Yummy Naan Cheese dan saya sendiri order yang biasa je. Untuk cicah roti naan cheese tu, yang strongly suggest adalah Keema iaitu daging cincang kari. Tak senonoh je nama menu ni. Erk.
So far, sedap dan yummy la naan cheese di sini. Tapi untuk saya nak tercari-cari lagi mungkin tak kot. Rate untuk Naan cheese di sini 8/10. Untuk keema pula 8.5/10. So, datang KL try la Naan cheese di RSMY ni.ye.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon