-->

Cara Letak Iklan Adsense dalam Blog Post



Menjana wang atau pendapatan daripada Google AdSense bukanlah perkara baru dalam dunia blogging. Rata-rata rakan blogger yang lain telah menjana ratusan malahan ribuan ringgit dengan hanya memaparkan iklan AdSense di Blog mereka. Untuk menjana pendapatan AdSense semeriah itu tidaklah semudah yang disangka, namun ianya adalah tidak mustahil sekiranya kita betul-betul bekerja keras dan tidak mudah berputus asa. Seperti saya juga yang hampir berputus harap apabila jumlah Visitor atau traffik ke blog saya tidak tinggi.

Untuk pengetahuan anda yang mungkin baru lagi dalam dunia blogging dan juga AdSense, jumlah Trafik atau pengunjung ke laman web atau blog kita memainkan peranan penting dalam penghasilan pendapatan Iklan AdSense. Hal ini kerana, semakin tinggi trafik ke laman web kita, kemungkinan untuk penghasilan klik daripada trafik yang tinggi ini juga adalah tidak mustahil. InsyaAllah.

Antara tips untuk meningkatkan pendapatan AdSense kita adalah dengan memaparkan Iklan AdSense pada ruangan blog post atau entry lama web kita. Di sini saya sertakan bagaimana cara untuk meletak Iklan AdSense dalam Blog Post. 

1. Pergi ke Akaun Google AdSense dan klik pada 'My Ads'


2. Klik pada 'New Ad Unit'

3. Buat Nama Iklan anda untuk memudahkan anda kemaskini bentuk iklan anda di kemudian hari. Ad size anda boleh pilih 'Responsive' atau ikut mana yang bersesuaian. Dan last sekali klik 'Save and Get Code'.


4. Selepas anda klik 'Save and Get Code' anda akan mendapat paparan Code HTML seperti dibawah. Anda hanya perlu Klik dan Copy 'Ad Code' tersebut dan PASTE pada blog entry anda. 


5. Anda digalakkan untuk membuat full entry terlebih dahulu dan Publish. Selepas itu, barulah anda 'edit' blog post anda dan klik pada tab 'HTML' dan PASTE Ad Code Adsense anda di bahagian paling atas entry anda. Kalau dah terer baca code HTML nanti, terpulang kepada anda nak letak di mana pun code iklan AdSense anda.

Klik Tab 'HTML'

6. Paste Code pada ruangan paling atas entry anda. Ini bagi memudahkan anda agar tidak tersilap paste code.


7. Publish Post Entry anda dan View untuk menyemak kedudukan Iklan AdSense anda itu sama ada sesuai atau tidak diletak pada kedudukan yang telah anda pilih. SELAMAT MENCUBA!!


Baca juga:

2 Comments

avatar

eeee bez eh, kmk maok juak pasang GA tok untuk blog ke 2 kmk
gik dlm proses nambah entry bok apply, hope berjy kelak

Balas delete
avatar

insyaAllah sis.. Boleh ya..yakin boleh..hehe.. blog ktk sedia ada ya pun dpt juak apply nk sis.

Balas delete



Emoticon