Powered by Blogger.

Resepi Kek Butter Mudah


Jom kita membaking kek Butter yang sedia amat mudah dan sedap ni.

Resepi Kek Butter

Bahan-bahan:

200gram tepung naik sendiri
250gram butter
5 biji telur Gred A
180ml susu pekat manis
125ml susu segar
1/2 sudu kecil esen vanilla
125gram gula kastor


Cara-cara:

1. Putar butter dan gula sehingga sebati dan putih.

2. Masukkan telur satu persatu.

3. Masukkan esen vanila. Putar lagi.

4. Masukkan tepung naik sendiri, susu pekat dan susu segar secara berselang seli. Putar rata.

5. Panaskan oven pada suhu 160' celcius selama 15 minit.

6. Griskan acuan 8'x8' dengan butter dan alaskan dengan kertas kek.

7. Tuangkan adunan kek ke dalam acuan dan dibakar pada suhu 160' celcius lebih kurang 35 minit -45 minit bergantung dengan oven masing-masing.

8. Siap dibakar. Tunggu sejuk sebelum dipotong. Siap untuk dihidang.


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Kek Butter Mudah"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top