Powered by Blogger.

Nasi Goreng Cornbeef Special @ Kuching


Siapa suka makan cornbeef di sini?? Angkat tangan!!! Kami sekeluarga memang favourite kami menu cornbeef ni. Just tak dapat nak kerap sangat makan sebab mahal kan.

Saya sendiri kalau tiba-tiba teringin nak makan menu berasaskan cornbeef, saya selalu lepak di Kedai makan No. 22 di Food court Kubah ria. Kat kedai ni, makanan bergoreng yang mereka buat memang memenuhi citarasa saya dan suami. Sedap dan cukup rasa. Ok lah, menu berasaskan cornbeef yang special di kedai ni adalah Nasi Goreng Cornbeef Special. Harga Nasi Goreng Cornbeef ni adalah RM7.00 kalau beserta telur mata.

Rate saya untuk nasi goreng cornbeef ni adalah 9.5/10. Sedap!! Kalau anda berkunjung ke Kuching, Sarawak boleh singgah di Kedai makan No. 22 ni ye. Masa operasinya pula adalah sekitar jam 5.30 ptg hingga 11.00 malam atau sehingga makanan habis. Selalunya kedai ni antara yang paling cepat habis menu nya. So boleh pergi awal ye. Selamat menjamu selera. :-)


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
6 Komentar untuk "Nasi Goreng Cornbeef Special @ Kuching"

ye ke sis... insyaaAllah da rezeki akak sampai kuching....

klo ikut selera saya ni, sedap la sis. hehe.. Jangan lupa singgah sini nanti ye sis..

aduh...dah lamanya tak ke kuching....
hi org kuching!
:)

datang la sini org miri.. :-)

datang la sini org miri.. :-)

eh confident jak mdh ktk org miri.. haha

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top