Powered by Blogger.

Pokok Kekabu di Padang Merdeka, Kuching


Bagi sesiapa yang pernah melalui Padang Merdeka, Kuching yang terletak berdepan dengan Merdeka Palace Hotel mesti akan perasan akan Pokok Kekabu yang sangat besar ini. Pokok Kekabu ini seperti sudah menjadi mercu tanda di Padang Merdeka Kuching ini. 

Pokok Kekabu @ Pokok Kapas di Padang
Merdeka Kuching, Sarawak
Bagi pengunjung yang datang ke Kuching kena pada masanya, padang itu akan dipenuhi dengan bunga putih kapas daripada pokok kekabu yang berada di tepi padang merdeka ini. Pokok kekabu ini mengeluarkan bunga setiap dua atau tiga tahun sekali. Gambar yang saya rakamkan ini adalah pada 7 Jun 2014 tahun lepas ketika padang ini menjadi tumpuan warga Kuching bagi menyaksikan keindahan jatuhnya bunga-bunga putih kapas daripada pokok kekabu tersebut. Suasana di Padang Merdeka ketika itu sangat cantik dan indah.

Fakta Menarik Mengenai Pokok Kekabu ini adalah:
  • Berusia lebih 80 tahun
  • Bernilai lebih daripada 1Juta ringgit ketika dinilai pada tahun 2008


Keindahan Panorama Gugurnya Bunga-Bunga Kapas @ Kekabu daripada
salah satu Pokok yang Bernilai Paling Mahal di Malaysia


Jadi, anda yang berkunjung di Sarawak, boleh lah pergi lepak-lepak tengok pokok Kekabu ni. Moganya bernasib baik untuk tengok pokok ni mengeluarkan bunga ya. :)
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Pokok Kekabu di Padang Merdeka, Kuching"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top