-->

Resepi Mudah Mee Ambeng

Kalau tak kerana kahwin dengan orang Jawa, mungkin saya sampai ke sudah tak akan tahu dan mengenali Nasi Ambeng. Dah kahwin, baru saya terdedah dengan tradisi orang Jawa dan Nasi Ambeng ni. Waktu masih peringkat kawan dengan suami dulu pun saya tak tahu yang suami saya orang Jawa. Hahaha.
Berbalik semula kepada Nasi Ambeng, Nasi Ambeng merupakan hidangan khas masyarakat Jawa berupa Nasi putih yang diletak bersama dengan lauk-lauk disekelilingnya. Kalau Nasi Ambeng di rumah mentua saya, Menu lauk Nasi ambeng ni kebiasaannya adalah, nasi putih, ayam masak ungkep, mee goreng, sayur pucuk masak lemak, dan rempeyek.
Kesemua menu Nasi Ambeng ni dah pun jadi salah satu menu kegemaran saya. Hinggakan semalam, saya request dengan suami untuk buatkan mee goreng ambeng untuk saya.

Di bawah ini saya sertakan Resepi Mee Goreng Ambeng versi Sarawak

Bahan-bahan:
Mee Lee Fah 1 paket
*6 ulas Bawang merah
*6 ulas Bawang putih
*2 sudu makan udang kering
2 sudu makab gula apong
1 labu bawang besar ( dipotong)
kicap masin secukup rasa
kicap pekat manis secukup rasa
garam secukup rasa
gula secukup rasa
1 sb minyak
Bahan bertanda * dikisar bersama

Cara-cara:
1.  Rendam mee lee fah guna air dan setelah kembang, toskan mee.
2.Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau. Masukkan garam, gula dan kicap masin.
3. Masukkan bawang besar dan tumis hingga naik bau dan masukkan gula apong.
4. Masukkan mee lee fah, gaul rata dan masukkan kicap pekat manis. Gaul rata sehingga masak.
5. Siap untuk dihidang.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon