Lama tidak bersiaran di blog disebabkan kekangan masa sp sendiri. Minggu ni sp berpeluang ikut trip ke Lundu atas urusan kerja. Lundu ni adalah salah satu daerah di Kuching dan terletak lebih kurang 60km daripada Bandaraya Kuching. Kalau drive hampir 2 jam jugak la perjalanan.
Trip kali ini kami menginap di Homestay Tuan Haji Bujang yang terletak di Kampung Pandan, Lundu. Sangat puas hati menetap di homestay ini. Lagi best kalau setiap rumah disediakan peti sejuk dan juga mesin basuh. So far sp berpuas hati.
Sp juga berpeluang pergi ke Sematan Lundu yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari pekan Lundu.
Apa yang menariknya di Lundu ni adalah pantainya yang cantik. Namun sp agak sedih juga sebab tak berpeluang pergi ke pantai. :( Moga pada masa lain sp berpeluang lagi pergi ke Lundu. Apa ole-ole, makanan atau barangan yang boleh anda beli di Lundu adalah Rusip, cincaluk, keropok kering dan juga kueh mueh tradisional di sini. So jom jalan-jalan cari makan.
Untuk part makan pula, kalau di Pasar Lundu ni anda tak perlu risau pasal kat mana nak makan.Sebab terdapat banyak kedai makan muslim di sini. Antaranya Kedai makan Tuan Hj Bujang, Restoren Sugarbun, Hani Cafe, Foodcourt berdepan dengan Pasar Sayur Lundu. Kalau waktu malamnya pulak, anda boleh jalan jalan cari makan di Gerai-gerai makanan yang terletak di Pasar Lundu ni juga. Dingatkan anda digalakkan mengeluarkan duit dari atm di Kuching atau Bau dahulu ye, sebab di Pekan Lundu ni hanya ada satu bank sahaja beroperasi iaitu RHB Bank. Takut atm sana tiba-tiba out of service. Kesian pulak nanti tak dapat nak beli apa-apa di sana.
0 Comments