-->

Cara Atasi Masalah Badan Berangin


Sejak 2 minggu yang lepas, badan saya selalu rasa sejuk dalaman dan berangin. Mungkin ini berpunca daripada tabiat saya yang suka minum minuman berais dan sejuk di awal pagi.

Disebabkan selalu sangat mengadu bafan berangin dan rasa seram sejuk dengan suami, dia telah suruh saya minum teh halia. Jadinya kami pergi ke Kedai menjual jamu dan produk-produk herba iaitu Kedai Sharifah Trading di Gita. Saya telah membeli 2 paket Teh Tarik Halia Bara keluaran Yusmira yang berharga RM1.90 sepaket.

So far, kesan dari minum teh tarik halia bara tu, saya banyak sendawa dan kentut. Dan sekarang dah kurang rasa angin dalam badan dan perut. Minum teh tarik halia ni, hati kena kuat dan jiwa kena tabah, sebab rasa teh ni, ya ampunnnnnnn sangat kelat dan rasa halia nya sungguh menghaliakan. Demi nak sihat, terpaksa kurelakan menelan air teh ni.

Jadi kepada sahabat yang mempunyai masalah badan berangin dan kerap rasa sejok, boleh amalkan meminum teh tarik halia bara ni ye.InsyaAllah.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon