Powered by Blogger.

Tips Mudah untuk Sukses Google Adsene

Tips Mudah untuk Sukses Google Adsene



Google AdSense


Sebelum ini, saya pernah membuat post berkenaan Buat Duit Dengan Google Adsense. Google Adsense adalah salah satu cara mudah untuk pelayar online untuk menjana wang atau pendapatan secara online. Apabila seseorang individu membina laman web atau blog yang menarik dan mampu menjana trafik yang tinggi, mereka boleh meletak iklan Google Adsense pada web tersebut untuk menjana pendapatan secara pasif. Apa yang menarik tentang Google Adsense ini adalah pendaftaran untuk menjadi 'publishe' adalah PERCUMA!! Walau demikian, kita perlukan berusaha sedikit dan bersabar sebelum laman web kita mendapat pengesahan daripada pihak Google Adsense.

Di sini, saya sertakan beberapa tips dan panduan berguna untuk kita, terutama para blogger yang baru mula berjinak dengan Google Adsense. Antara tips Google Adsense yang mampu memberi pulangan yang lumayan adalah seperti berikut;

1. Guna 'Keywords' atau KATA KUNCI yang Sesuai.
    Penggunaan keywords yang sesuai dalam artikel dan post di blog kita.

2. Mempunyai Kata Kunci Yang Betul
    Semak kata kunci sebelum anda menghantar atau post artikel ke laman web atau blog anda. Kata Kunci anda akan menentukan perkaitan dengan Niche anda dan ia akan membantu meningkatkan trafik dari enjin carian. Semakin tinggi trafik pengunjung ke blog anda, kemungkinan untuk mendapat lebih banyak klik adalah tinggi dan potensi menjana pendapatan daripada Google Adsense juga lebih tinggi.

3. Menyiarkan Kandungan atau Artikel Baru secara kerap dan tetap
    Antara kunci UTAMA dalam meningkatkan traffic pengunjung ke laman web kita adalah dengan menulis dan menyiarkan kandungan artikel baru secara kerap dan konsisten. Menulis kandungan baru setiap hari mampu membantu anda menjana trafik ke laman web anda. Diingatkan lagi agar anda menggunakan kata kunci yang terbaik dan ketumpatan kata kunci yang terbaik dalam artikel atau catatan anda.


4. Memilih Format Iklan Yang Paling Sesuai dan Terbaik untuk Laman Web anda
    Google Adsense mempunyai banyak format iklan yang berbeza. Anda perlu memilih format yang sesuai untuk blog atau laman web anda. Format iklan yang bakal dipaparkan di laman web anda perlulah bersesuaian dengan warna paparan laman web anda dan mempunyai saiz yang bersesuaian. Pada pendapat saya, format yang sesuai dan terbaik adalah '336 x 280' Segi Empat Tepat Besar dan '' 300 x 250' segi empat sederhana.
 

5. Menyelaras Warna Iklan
    Anda perlu pastikan iklan Google Adsense yang dipaparkan di laman web anda kelihatan seperti ia nya adalah sebahagian daripada laman web anda. Pengunjung kebiasaannya lebih cenderung untuk klik pada sesuatu yang tidak kelihatan seperti iklan. Pastikan juga warna 'border' iklan, warna latar belakang, link warna dan teks dipadankan dengan laman web anda.

6. Jangan Gunakan Terlalu Banyak Iklan Pada Laman Web atau Blog anda
    Mempunyai terlalu banyak iklan di laman web anda akan menyebabkan pengunjung anda bosan dan juga ia akan kelihatan seperti spam.




Bagikan :
+
Previous
Next Post »
4 Komentar untuk "Tips Mudah untuk Sukses Google Adsene"

wow.... bgs la sis entry ni... akak mmg tak pandai pasal google adsense ni.....

takpe sis.. boleh blja slow2.. apply google adsense sis utk generate side income..

sis... kalau nak guna google adsense ni kena guna template rezponsive ke...

tak jugak sis.. guna template biasa pun boleh. Janji dh memenuhi syarat utk google adsense

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top