-->

Al-Fateh Steamboat Klang


Alhamdulillah merasa jugak nak try makan di Steamboat Al-Fateh ni. Malam 19/11/2015 yang lepas kakak yang sudah pun menetap di Klang bawa saya dan suami makan di Al-Fateh Steamboat.

Di Steamboat ni, terdapat banyak juga pilihan makanan laut seperti udang, ambal atau siput buluh, kerang, kepah, dan sotong yang sedia menunggu untuk dimasak. Terdapat juga daging lembu, ayam dan juga daging kambing. Bagi saya perapan daging lembu di sini sangat sedap sebab perasa dia serap je rasa nya.

Dah nama pun steamboat ofcourse lah kita akan main masak-masak kan. Tapi untuk mereka yang tak lalu atau tak sabar nak makan sebab lapar dah, boleh juga makan dahulu nasi goreng, mee goreng atau Nasi lemak yang sudah tersedia untuk dimakan. Terdapat juga kueh mueh dan pelbagai variasi aiskrim dihidang di sini. Sangat recommended kalau nak lepak dan santai-santai dengan famili dan kawan-kawan.

Bayaran untuk dewasa adalah RM22 seorang, manakala untuk kanak-kanak pula adalah RM18 sahaja.


Baca juga:

2 Comments

avatar

wow... menarik tertarik... dah bertahun sy tak makan steamboat ni...

Balas delete
avatar

itu la sis. klo x akak sy bwk, rasanya,mmg lama lgi nk bersteamboat ni.

Balas delete



Emoticon