-->

Panduan Penyusuan Ibu Secara Eksklusif - MOH

Breastfeeding Campaign - MOH
Sejak kebelakangan ini para blogger sekian mesti perasan kan dengan iklan ataupun 'Breastfeeding Campaign' oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH). Melalui kempen ini, MOH menekankan kepentingan Penyusuan Susu Ibu dan kepentingannya kepada bayi dan ibu itu sendiri.

Bagi penulis sendiri, penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi adalah amat penting untuk tumbesaran bayi tersebut. Tetapi, ingin penulis tekankan di sini agar ibu-ibu dan orang awam di luar sana agar tidak terlalu taksub dalam penekanan penyusuan susu ibu kerana tidak semua ibu-ibu berkemampuan untuk menyusukan bayi mereka secara eksklusif. Ada di antara kenalan penulis yang telah melahirkan anak dan ingin menyusukan bayi mereka, namun nasib tidak memihak kepada mereka di mana kekurangan air susu dan juga kekangan-kekangan lain yang tidak dapat dielakkan. Jangan sesekali kita menyalahkan dan menghukum para ibu ini tanpa kita mengetahui permasalahan mereka.



Berbalik kepada 'penyusuan susu ibu', penulis juga amat menyokong kempen yang dijalankan oleh MOH ini. Melalui kempen ini, MOH telah memberi TIPS-TIPS yang berguna dalam memberi panduan kepada para ibu dalam memberi penyusuan secara ekslusif kepada bayi mereka. Antara tips berguna yang diberikan adalah seperti berikut;

Sumber: http://www.breastfeedingmy.com/

Bagaimana Mencairkan Susu Perahan Yang DiBekukan?
  • Rendam dalam semangkuk air atau lalukan di bawah air paip
  • Tuang susu yang telah cair ke dalam botol susu
  • Panaskan susu samaada menggunakan warmer atau rendam dalam semangkuk air suam
  • Elakkan daripada memasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk mencaikan atau memanaskan susu kerana akan menyebabkan kehilangan khasiat susu ibu
  • Selalu periksa suhu susu sebelum memberikan kepada anak
  • Setelah dicairkan, susu mestilah digunakan dalam masa 1 jam dan tidak boleh dibekukan semula



Berapa Lamakah Susu Perahan Boleh Disimpan?
  • 3 bulan, (bahagian atas peti sejuk atau freezer)
  • 48- 72 jam, (bahagian bawah peti sejuk)
  • 4 jam, (suhu bilik)



Baca juga:

0 Comments



Emoticon